This post is from a low-reputation account and contains an unverified outbound link. Be cautious before clicking external links.

Bateri kereta mati?😱😱

Words
310
Reading
2 min
Listen
Play
9y

IMG_20180227_143851.jpg

Selamat tengah hari semua, hari ini saya di duga dengan kereta kenari secara tiba2 tiada bateri langsung. Kereta langsung tidak boleh dihidupkan. Ketika itu, saya baru hendak menghantar anak ke sekolah. Jadi, terpaksalah kami berjalan kaki ke sekolah, jangan risau tak jauh pun jarak dari rumah ke sekolah anak saya cuma cuaca agak panas.
Selesai menghantar anak ke sekolah, saya cuba menghubungi suami saya rosmadirazali@rosmadirazali dengan memberitahu tentang kereta tersebut. Suami saya mencadangkan saya menghubungi perkhidmatan Bateriku yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan bateri dan menjual bateri kereta.
Saya perlu mendownload aplikasi Bateriku di Google Play Store dan kemudian mengisi butir diri sebelum boleh menggunakan aplikasi tersebut.

IMG_20180227_151042.png
Kemudian,saya click button 'booking bateri' dan perlu mengisi butir mengenai kereta kenari tersebut.

IMG_20180227_151124.png
Setelah confirm, page ini akan muncul dan kita boleh track adakah permohonan kita telah diproses atau sebagai nya. Dalam 30 minit, ada panggilan dari Bateriku untuk memastikan permohonan untuk pembelian bateri kereta, sebelum itu pihak mereka akan bertanya dahulu bagaimana keadaan kereta sebelum bateri kereta mati. Antara soalanya adakah lampu terbuka tanpa di tutup atau terdapat skru longgar. Saya beritahu mereka saya tidak pasti dan perlu periksa terlebih dahulu. Mereka mencadangkan saya periksa terlebih dahulu jika betul2 yakin bateri memang mati baru mereka akan datang dan saya perlu maklumkan kepada mereka semula.

IMG_20180227_144606.jpg

Berbekalkan alat seperti di dalam gambar saya keluar dan memeriksa sendiri bateri tersebut. Saya sebenarnya tidakla begitu mahir bab2 kereta tapi saya tawakal sahaja. Setelah saya meneliti, saya dapati ada skru yang longgar di bahagian bateri tersebut.(seperti didalam gambar yang di bulatkan).
IMG_20180227_151952.jpg
Saya cuba ketatkan skru tersebut dan cuba untuk menghidupkan kereta. Alhamdulillah, kereta dapat di hidupkan. Kali pertama rasa bangga dengan diri sendiri hehe. Saya kemudian menghubungi semula Bateriku dan memaklumkan yang saya ingin membantalkan permohonan saya. Syukur alhamdulillah.

Semoga post saya dapat membantu mereka yang mengalami masalah seperti saya. Tetapi jika tidak yakin sila rujuk pada yang pakar.

Bateri kereta mati?😱😱 | Ecency