1 kg kerang (Bersaiz besar)
1 ikat pucuk paku hijau (Dipotong kasar)
1 sudu makan kerisik
½ cawan santan pekat
3 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
1 labu bawang besar (Dihiris)
10 biji cili api
3 biji cili merah
Sedikit belacan (Cili api, cili merah dan belacan dikisar bersama)
Garam secukup rasa.
Basuh kerang dan masukkan ke dalam kuali. Rebuskan dengan sedikit air dan garam selama 5 minit.
Tuskan dan ambil isi kerang sahaja
Ambil bahagian daun hijau pucuk paku dan basuh sehingga bersih. Rebuskan dengan sedikit garam sehingga lembut dan tuskan.
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.