Short Trip As a Malaysian

Words
164
Reading
1 min
8y
Listen to this post
~1 min

Hi! Hari ini amat memenatkan perjalanan saya dari kota kinabalu kembali ke Pitas untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.. Perjalanan hari sepatutnya saya kembali ke kota kinabalu pada esok harinya namun disebalik perjalanan saya mendapat satu berita yang amat menyedihkan.

Setibanya saya di kampung keadaan amat pilu dan menyedihkan atas pemergian salah seorang hero ketika saya kecil iaitu datu saya telah meninggalkan kami selama-lamanya. Tak kurang juga hari yang saya bergembira bersama ahli keluarga menjadi suram dan sibuk menguruskan urusan kami disini.

Walaupun ketika berduka namun ayah saya tetap juga menjalankan harian beliau seperti biasa, sepatutnya hari ini adalah hari keluarga Matanggang berkumpul dan mengambil gambar ahli keluarga secara kesuluruhan namun agaknya tadi tertunda ke lain hari bagi menguruskan jenazah datuk saya yang tersayang.

Terakhir sekali malam hari ini agak suram dan hanya ahli keluarga yang terdekat berkumpul untuk berjaga sehingga pagi, suasana yang gelap hanya ditemani lampu generator.

Sekian itu sahaja esok hari adalah terakhir saya disini dan akan saya update nanti! sekian.

Short Trip As a Malaysian | Ecency