"DAGING MASAK HALIA"
# Bahan-bahan diperlukan: 500 gram daging 5 inci halia (Dihiris) 3 biji bawang merah (Dihiris) 3 ulas bawang putih (Dihiris) 2 sudu makan sos tiram 1 sudu teh tepung jagung ½ cawan air (Sos tiram & tepung jagung dibancuh bersama dengan air) 1 sudu teh serbuk lada hitam 1 biji tomato (Dibelah 4) 3 biji cili merah (Dihiris) 1 pokok daun bawang (Dipotong pendek) ½ cawan air 2 sudu makan minyak masak Garam (Sekiranya perlu)
# Cara menyediakan dan memasak: Potong daging kecil dan nipis. Basuh dan tuskan. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dihiris sehingga layu. Masukkan daging dan air. Masakkan sehingga daging lembut. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat. Masukkan serbuk lada hitam, tomato, cili merah dan daun bawang. Kacau rata kemudian tutupkan api. Sedia dihidangkan.