Skip product key semasa install Windows 10

Words
253
Reading
2 min
Listen
Play
8y

Di office baru, aku selalu sekarang banyak membuat testing bagi produk baru. Bila membuat testing, aku akan guna pelbagai jenis OS untuk membuat simulasi atau scenario testing.

OS yang selalunya aku akan pakai adalah seperti di bawah:

  • Windows Server 2008 R2
  • Windows Server 2012 R2
  • Windows Server 2016
  • Windows 7
  • Windows 10
  • Suse Enterprise Linux
  • RHEL
  • CentOS

Yang menjadi leceh, jika aku perlukan Windows 10 dalam environment testing. Sebab installer media untuk Windows 10 perlukan Product Key sebelum dapat meneruskan dengan installation.

Sebelum ni ada pilihan untuk skip dengan mengambil "skip button” atau “I Don’t have a product key". Tapi sekarang sudah menjadi mandatory pula untuk memasukkan product key.

Di post kali ni, aku nak tunjuk cara bagaimana untuk skip memasukkan product key.

nota: Guide ini hanya skip product key semasa installation. Korang tetap kena masukkan product key untuk activate Windows 10.


Korang mestilah ada installation media untuk Windows 10. Kalau tak ada, korang boleh download di link di bawah:

https://www.microsoft.com/en-au/software-download/windows10

Installation media yang akan korang dapat adalah dalam bentuk .ISO


i) Mount dan edit installation media .ISO. Ada banyak software yang boleh digunakan untuk edit .ISO. Sebagai contoh, aku menggunakan freeware WinISO
image.png

ii) Selepas mount, korang cari folder bernama "Source"
image.png

iii) Create satu text file dan save sebagai ei.cfg
image.png

iv) Open ei.cfg tadi menggunakan notepad, dan masukkan:
image.png

[EditionID]
Professional
[Channel]
Retail
[VL]
1

v) Save file ei.cfg tadi di dalam folder Source. Kemudian save .ISO file tadi
image.png


Selepas menambah file ei.cfg, korang akan dapat meneruskan installation tanpa memerlukan product key.


rosmadirazali@rosmadirazali

Skip product key semasa install Windows 10 | Ecency