Pentingnya sikap sabar dalam diri kita dan jangan pernah ada sikap 'overthink'. Seharusnya, kuatkanlah iman dan pedoman dalam hidup. Jika kamu punyai agama, maka berdoalah, manakala yang tidak mempercayai agama, maka carilah jalan anda agar menjauhi perkara negatif ini. Mungkin salah satu caranya ialah menanam bunga, bertafakur, membaca, bermain muzik, bersukan atau berjalan di tempat yang bisa menenangkan fikiran mu.
Percayalah bahawa perkara baik yang anda sudah lakukan mesti akan di balas kelak pada satu hari nanti, mungkin di dunia mahupun akhirat. Walau sebanyak mana ilmu pengetahuan agama mu, politik kamu, atau apa pun jua tapi sekiranya kamu mempunyai perangai atau sifat yang negatif, anda bukan manusia yang hebat.
Ingatlah kamu akan dicoba pabila kamu sudah berada di dalam kedudukan yang selesa ataupun sebaliknya. Jangan pernah terfikir sekalipun bahawa kamu akan berasa senang selama lamanya, sekiranya kamu punyai sifat cemburu, benci, dendam, dengki, pemarah, pemukul, pencuri, perompak dan seanggotanya tetap akan kamu jatuh tersungkur di tanah bumi ini.
Mungkin kamu tidak sedar apabila kamu sudah berada dalam keselesaan, kamu terus lupakan tanggungjawab mu sebagai manusia yang berkualiti. Pancaroba hidup sudah memang di dalam naluri kehidupan sejak kita belum lahir lagi. Bayangkan saja bagaimana kedua ibu bapamu membesarkan kamu menjadi manusia. Tetapi celakalah, kepada manusia yang sanggup membuang bayi yang kamu telah benih. Jawablah kamu dengan maha pengadil di akhirat.
Saya juga manusia yang tidak sempurna, saya akui saya juga pernah melakukan kesilapan lalu. Ini hanyalah satu pesanan yang berada di dalam hati saya dan saya ingin menceritakan kepada anda karena apa yang telah aku lalui selama ini mengingatkan saya kepada seluruh umat manusia yang masih hidup agar jadilah manusia yang berkualiti demi kesejahteraan dan keharmonian antara satu sama yang lain.
Itu sahaja dari, sekian dan terima kasih.
Follow, Upvote atau REESTEEM jikalau kamu berminat dengan luahan saya ini.
Sampai berjumpa lagi, Para Steemians Semua.