Kita lahir di dunia ini sudah semestinya ada sesuatu tujuan, saya tidak percaya bahawa kita hidup tiada hala tuju. Itulah sebabnya kenapa kita punya hidup yang berlainan. Ada yang hidup senang, ada yang susah ada juga yang sederhana.
Semasa kita masih kecil, kita masih bingung dengan kehidupan kita, kita didorong oleh ibu bapa untuk membuat sesuatu yang terbaik untuk kita, ada juga yang kurang bernasib baik seperti lahir tanpa kedua ibu bapa. Walau bagaimanapun, semua itu cabaran dalam hidup kita.
Ada yang melawan dan ada juga yang mengalah dengan kehidupan sendiri. Lebih-lebih lagi kita dikejutkan dengan kadar kematian manusia disebabkan faktor 'DEPRESSION'. Menjadi satu penyakit yang serius buat manusia pada zaman sekarang. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kematian seorang pengkritik makanan dan juga pengembara terkenal yang bernama Anthony Bourdain.
Saya masih ingat pertama kali saya melihat rancangan televisi nya iaitu No Reservation. Sungguh menakjubkan. Dia pergi ke tempat-tempat yang tidak pernah kita ketahui dan mengenal tradisi dan pemakanan di suatu negara tersebut. Saya juga bangga bahawa dia sangat meminati makanan'Laksa Sarawak'. Malaysia lebih dikenali olehnya, semua orang turut ingin tertanya dan ingin pergi ke Sarawak dan mencuba makanan tersebut. Malangnya, tahun ini merupakan tahun yang menimpa kecelakaan terhadap dirinya bahawa dia telah mengalah dalam kehidupannya sendiri. Dipercayai dia mati atas dasar bunuh diri kerana faktor DEPRESSION.
Saudara sekalian, dunia ini semakin maju ke hadapan. cabaran semakin banyak untuk kita tempuhi. Saya faham bukan semua bernasib baik.tetapi sebelum membuat tindakan secara melulu, fikirkanlah dulu itukah hala tuju mu di dunia ini dengan membuat perkara sebegitu?
Terima kasih kerana membaca,
Saya Mr Ed, Jangan lupa
Upvote,
Follow
REESTEEM!
Sampai berjumpa lagi.