Sejauh mana kamu sayang akan alam sekitar? Dunia sekarang sudah semakin maju, akan tetapi jumlah sampah masih berleluasa di seluruh dunia. Ada juga beberapa negara yang cuba berbuat sedaya upaya untuk membanteras perosak alam sekitar ini.
Contohnya seperti negara Sweden, mereka menukar sampah menjadi sesuatu tenaga seperti bio energy, baja dan banyak lagi.
Itu adalah satu jalan yang baik bagi mengurangkan kadar sampah sarap di negara mereka. Bagi saya, mereka telah menemui satu jalan yang baru untuk mengekalkan ekosistem negara mereka berada dalam zon yang selamat. Saya sangat kagum dengan usaha mereka untuk mengekalkan kesejahteraan alam sekitar mereka.
Saya juga berharap bahawa itu bukanlah produksi sebagai penutup mata untuk kerja-kerja yang memberi impak yang buruk kepada rakyat jelata mereka. Kadang-kadang ada yang cuba mengambil kesempatan dalam mencari keuntungan secara halus melalui cara sedemikian. Kepintaran manusia tiada tandingannya. Moga tahun yang moden ini memberikan kita satu hala tuju yang baik untuk masa depan generasi akan datang dan alam persekitaran bisa kekal selama-lamanya agar dunia kita bukan sahaja dipenuhi dengan teknologi, ia juga dipenuhi dengan kehijauan alam sekitar.
Terima kasih karena membaca,
Saya Mr. Ed
Jangan lupa untuk
UpVote
Follow
REESTEEM
Sampai Berjumpa Lagi.