Aktiviti bersama anak-anak.

Words
249
Reading
2 min
Listen
Play
9y

IMG_20180220_142832.JPG

Rumah adalah tempat yang paling ideal bagi memupuk perkembangan kreativiti anak-anak dengan ibu bapa. Oleh itu saya ingin kongsikan kepentingan aktiviti mewarna kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak lebih fokus

Kanak-kanak lebih fokus, kerana semasa mewarna mereka akan asyik memikirkan untuk menjadikan lukisan itu lebih cantik, mereka juga dapat mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria.

Kemahiran berfikir

Kanak-kanak akan befikir warna apa yang ingin digunakan ketika mewarna, ini menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir dengan kreatif, dapat meningkatkan daya imaginatif dan berupaya mengimbangi emosi mereka.

Kemahiran sosial dan emosi

Dapat melatih kanak-kanak untuk menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka selain dapat membantu anak-anak belajar mematuhi peraturan dan arahan.


Mewarna

Sebagai seorang ibu, saya selalu melakukan aktiviti bersama anak-anak dan minggu ini saya telah melakukan aktiviti mewarna. Idea mewarna ini terhasil kerana saya selalu melihat blog coloringiship@coloringiship. Setiap kali membaca blognya, saya selalu merasa kagum dengan cerita dan hasil lukisan yang dilakukannya, ia membuatkan saya lebih bersemangat dan ingin mencubanya.

Akhirnya minggu ini, saya dapat melakukan aktiviti mewarna bersama anak-anak dan saya amat berpuas hati dengan hasilnya.


Walaupun tidak siap tetapi saya amat bangga dengan hasilnya :) 👉👉👉👉👉👉

Hasilnya 👉👉👉

Saya telah cuba mewarna lukisan yang tidak siap dan saya faham kenapa mereka tidak siap mewarna. Saya rasa mengantuk ketika mewarna 😂 tetapi saya cuba untuk siapkan juga.. Akhirnya saya berjaya :)

Inilah Hasilnya

IMG_20180220_142832.JPG


Saya bukanlah seorang "artists", tetapi ada pepatah mengatakan "Dimana ada kemahuan disitu ada jalan" dan "Umur bukanlah penghalang untuk belajar" :).

Aktiviti bersama anak-anak. | Ecency