Selamat sejahtera! memasuki hari ketiga puasa dan seperti biasa rutin malam saya akan berlatih bersama band, Tree.my telah cukup untuk mengambil masa rehat yang tidak juga agak panjang. Kami berkumpul kembali untuk merangka muzikal post-rock edisi yang kedua selepas kami berjaya meriliskan EP sulung "Cloud And Mountain"
Edisi Kedua
Struktur perangkaan pada edisi kedua seperti biasa kami akan buat bersama, namun pada kali ini saya akan mengolah rangka kalau yang sebelum ini digelar soft-postrock, kali ini saya melabelkan muzikal kini lebih experimental/Melodic/harmony bagi memberikan bait-bait yang menaikkan semangat pendengar.
Syukur alhamdulillah tanpa kalian yang memberikan sokongan padu, hadirnya kami disini tak akan mungkin terjadi. Resepi dan adunan muzikal ini juga mungkin tidak akan terbentuk tanpa @yatnanar dan juga kedua ahli band kami. Walaupun berlainan latar belakang muzik, komitmen bila mencipta sesuatu ialah satu tujuan kami agar muzik post-rock kekal dan juga menjalar seperti akar pokok!