VILLAGE PEOPLE FOOD

Apa kabar kawan kawan steemit. Hari ini saya mahu share atau kongsi masak lemak cili api versi saya.

IMG20180213183947.jpg

Resipi yang sangat mudah dan cepat di masak. Saya suka masak ini kalau saya kesuntukan masa dan saya percaya kamu akan suka resipi ini.

Ok mari kita lihat bahan-bahan dan cara masak ya...

IMG20180213180313.jpg

Ayam dipotong dadu. Agak agak saja. saya guna 1/2 ekor ayam.

IMG20180213181638.jpg

Bawang besar, Bawang merah, Cili Besr, Cili Api, Kunyit hidup potong kecil kecil dan tumbuk kasar.

IMG20180213181917.jpg

Tidak perlu halus ya.

IMG20180213182816.jpg

Cara cara, Masuk kan bahan tumbuk di kuali dan letak santan. Saya guna paket santan saja. Kalau guna yang perah sendiri lagi sedapppp..

IMG20180213183150.jpg

Masukan ayam tadi. Saya letak juga ubi kayu yang baru saya cabut di belakang rumah. Ini ikut suka hati ya. Tunggu mendidih dan kecilkn api. Masak ayam dalam masa 30 menit api kecil ya atau sehingga ayam masak dan ubi empuk.
Perasakan dengan garam sedikit. Siap untuk di makan.

Enak dimakan dengan nasi panas panas.

Cubalah dan komen kalau menjadi. @verasj @golit @annekins @beverlyjoe @arwine @cyrilovie

Love,
kilathecla

H2
H3
H4
3 columns
2 columns
1 column
Join the conversation now
Logo
Center