Pokok Ekor Ular

wanareis(50)
Published in
#petua
Words
158
Reading
1 min
Listen
Play
7y

Khasiat Pokok Ekor Ular Penawar Bisa Patukan Ular

Salam semua, kira-kira lima tahun lepas ketika saya bertugas di Kilang Plastik Teknik Nilai saya pernah membantu untuk menghantar seorang warga Nepal bernama Encik Safee ke GH Seremban kerana dipatuk ular tedung semasa sedang mengangkat palet dalam kilang kira-kira jam sembilan pagi. Saya hantar beliau ke GH serta berjumpa doktor pada jam lebih kurang lima petang. Hairan doktor kenapa Safee tidak mati dan nampak tidak cedera dengan serius setelah lapan jam terkena patukan ular tedung berbisa.

Apabila saya siasat, rupanya Safee merupakan bekas tentera gerilla di Nepal dan mempunyai ilmu dalam kelangsungan hidup di dalam hutan ( jungle survival ). Sebaik sahaja beliau dipatuk si tedung, Safee telah berlari ke dalam semak dan memakan pangkal pokok ekor ular ( rujuk pada gambar ).

photo6280351847843735624.jpg

Jika dalam kecemasan, tidak salah jika kita mencuba petua-petua yang ada. Jika berkesan. setidak-tidaknya dapat menyelamatkan nyawa. Apa pun kesembuhan itu daripada Allah jua. Kita hanya berikhtiar.

Pokok Ekor Ular | Ecency