Ibarat Sangkar Didalam Sangkar

Words
197
Reading
1 min
8y
Listen to this post
~1 min

Hi semua!

Mungkin ada yang tengah sibuk berkerja, ada juga yang sedang berehat.. hari ini saya terpanggil untuk menceritakan tajuk yang saya kongsikan ini.

Dahulunya saya amat meminati menceburi bidang pertanian, namun kekangan komitmen keluarga dan juga masa terbatas kehidupan saya amatlah jarang sekali untuk beriadah. Tersemat dihati untuk bercucuk tanam dan melihat keindahan halaman rumah idaman saya.


image source

Salah satu idaman saya pada masa akan datang 馃槉

Asalnya dahulu ketika saya kecil lagi biasa mengikuti ibu saya ke sawah padi dan pada masa itulah juga banyak jenis tanaman yang saya cuba buat dan meniru apa yang ibu saya buat namun semua itu hanya sia-sia kerana ibu saya hanya memarahi kerana bukannya menjadi malahan comot tak lut muka saya mencuba sesuatu yang saya suka. 馃槀馃槀


image source

Bak kata pepatah kalau tak berlari manakan dapat selari

Mungkin telah lama saya biasa hidup dalam suasana kampung yang tak dikerumuni oleh kenderaan yang lalu lalang, aman dan damai hanya ditemani bunyi burung kerkicauan... 馃槉

Namun Idaman dalam hati ini tersangkar didalam suasana kehidupan bandar yang saya rasa bagaikan 'Sangkar didalam Sangkar'

Coretan ini mungkin tidak bermakna tapi luahan hati lebih dari apa yang kita pernah fikirkan. Sekian 馃槤

Ibarat Sangkar Didalam Sangkar | Ecency