Apabila kamu mendengar sesuatu muzik, adakah ia memberi impak kepada kamu? Jikalau ya kita juga sama. Sejak saya mula mengenali muzik, saya bisa berbicara sendiri dengan lagu itu. Karena ia seperti sesuatu yang bisa membuatkan saya terfikir tentang sesuatu. Lebih-lebih lagi apabila saya mendapati bulu roma saya berdiri.
Sekiranya sebuah lagu yang cukup memberikan bulu roma saya berdiri, saya pasti akan mengingatinya sampai bila-bila. Sehinggalah sampai sekarang, saya pasti membuat playlist saya. Muzik sudah hidup dalam naluri saya, tanpa muzik yang saya didengari, saya mungkin akan berasa bosan.
Saya cukup berterima kasih kepada musicians yang telah mengubah hidup saya. Apabila saya menyukai sesebuah lagu, saya pasti akan menghafal bunyi-bunyian dan liriknya. Saya akan menghafalnya sehinggalah saya berada dalam keadaan fluent. Cukup memberikan sesuatu impak yang besar kepada saya. Saya masih ingat lagi muzik pertama saya dengar melalui abang saya namun itu tidak cukup bagi saya. Sampailah saya menuju ke sekolah tingkatan barulah saya mula mendapat muzik yang saya sukai.
Terima kasih karena membaca,
Saya Mr. Ed
Jangan lupa untuk
UpVote
Follow
REESTEEM
Sampai Berjumpa Lagi.