Apabila anda sedang melihat manusia yang sedang meminta sedekah di depan anda, apakah yang anda lakukan? Ketika kamu sedang makan di restoran dan dengan tiba-tibanya muncul seorang kanak-kanak meminta kamu duit, mahukah kamu menghulurnya?
Kadang-kadang saya melihat dari kaca televisyen, ada sesetengah pihak yang cuba buat benda seperti 'Charity' dengan cara menunjukkan di kalangan manusia tentang aktiviti yang mereka lakukan. Ada juga yang buat sedekah tanpa pengetahuan orang ramai. Masing-masing punya jalan sendiri cara untuk membantu orang.
Tetapi dalam bentuk bantuan yang kamu cuba buat itu, adakah ia bersifat dengan seratus peratus ikhlas ataupun setakat untuk meraih populariti kamu? Ya itulah saya kadang tertanya pada diri saya. Dari pandangan saya, apa pun jenis bantuan yang kamu cuba buat yang bisa mengadilinya bukanlah manusia tetapi Pencipta manusia itu sendiri.
Saya berharap kepada anda yang cuba membantu manusia yang kurang bernasib baik, bantulah dengan seikhlas yang mungkin, bukan artinya hanya setakat dengan perkataan tapi dengan pergerakan. Saya percaya ada sesetengah orang yang hanya muncul dimulutnya tetapi pabila sudah mula untuk memulakan kerja, dia akan hilang entah ke mana. Bila ditanya bermacam alasan, dan sikap yang paling kita ingin jauhi ialah sikap suka menyuruh. Sekiranya tiada kerjasama dan usaha di dalam kerja itu maka tiadalah maknanya kamu ingin membantu orang yang kurang bernasib baik.
Terima Kasih Kerana Membaca,
Saya Mr Ed
Jangan lupa
Follow
Upvote
dan
REESTEEM!