Apabila sesudah mengandung, dilahir dan dibuang ke tempat pembuangan sampah atau lebih teruk lagi dibuang dari rumah yang bertingkat tinggi. Perbuatan terkutuk yang dibuat oleh manusia sendiri. Lebih teruk daripada haiwan. Bahkan haiwan apabila mereka beranak, dijaga hingga membesar.
Apakah salah bayi itu sehingga ada yang sanggup membuangnya ataupun memutuskan hidupnya? Tapi saya tahu bahawa 'what goes around comes around' Bersyukurlah bahawa insan kecil itu lahir di dunia. Dia adalah insan masa depan untuk negara. Saya fikir manusia yang berbuat perkara sebegini tidak punya rasa timbang rasa terhadap hidup. Mungkin juga dia mengalami masalah mental. Kalau ya pun, janganlah sampai tergamak untuk berbuat perkara begitu. Itu bukan jalan penyelesaiannya.
Saya cukup marah dengan keadaan manusia seperti itu, seolah-olah dia menganggap benda seperti mainan yang tidak bernyawa.