Pernahkah kamu terfikir tentang bagaimana menguasai dan mengeluarkan daya minda seratus peratus. Kita tidak sedar dengan apa yang kita lakukan, kadang-kadang tanpa kita sedari sesuatu perkara yang kita telah buat mencapai 100% menggunakan daya akal kita. Tetapi pabila kita buat suatu benda yang kita sadari ia kurang daripada itu.
Adakah kamu sedar tentang itu? Ada mitos mengatakan bahawa kita hanya guna 10% daya minda kita ketika sedang membuat sesuatu. Saya percaya bahawa penggunaan minda kita sudahpun diguna secara 100% karena melalui minda atau otak kita, kita bisa mengawal percakapan ataupun perbuatan. Misal kata, kita sedang berjalan sambil memegang barang yang kita beli menuju ke satu destinasi yang lain.
Dalam masa yang sama, otak kita bergerak secara tiga hala , memikirkan cara kita berjalan, cara mengangkat barang dan mengingati jalan ke destinasi tersebut, lain lagi jikalau adanya perkara lain berlaku seperti bercerita dengan rakan yang sudah lama tidak ketemu. Saya pasti kamu telah menggunakan otak kita dengan full activation.
Kita manusia punya satu otak, manfaatkanlah otak itu sebaik mungkin, gunakanlah dengan sebaik mungkin. Keluarkan potensi hingga menjadi kualiti. Berbuatlah benda yang berguna kepada negara bukan merosakkan akhlak manusia yang sudah dalam kehidupan masa depan. Jangan sia-siakan otak mu itu dengan cara penyelesaian seperti membunuh diri. Itu bermakna kamu tidak punya fikiran yang waras dan kamu tidak menggunakan otak sepenuhnya. Itu sangat mengecewakan. Manusia akan sentiasa menjadi spesis yang terbaik sekiranya, minda kita digunakan secara betul.
Mr. Ed.