Mengejutkan lagi sikap manusia yang suka membuang sampah merata-rata. Langsung tidak peduli akan alam sekitar. Mengapakah ini harus berlaku? Siapakah yang patut dipersalahkan? Tepuk dada tanyalah selera. Kerajaan negara telah mencuba sedaya upaya untuk membanteras sikap manusia yang suka membuang sampah merata-rata dan ada juga sesetengah manusia yang mencuba untuk memberi impak positif supaya elakkan kegiatan membuang sampah secara membabi buta.
Bagaimana pula dengan pembuangan bayi?Ya itulah sikap manusia, hanya tahu memuaskan hawa nafsu dan apabila si gadis bunting, di situ bermulanya menyalahkan antara satu dengan yang lain. Saya tidak bermaksud semuanya salah wanita, sepatutnya dipersalahkan kedua-dua pihak. Dimana sifat perikemanusiaan? Sungguh mengejutkan. Begitulah sikap manusia, bermacam-macam karenah.
Kemudian ada lagi, bertelingkah tentang agama. Bertanding siapa betul dan salah. Jikalau satu pihak itu tidak berpuas hati, maka terjadinya pertumpahan darah antara mereka. Padahal, mereka adalah satu spesis yang sama tapi, disebabkan salah faham sanggup juga mencederakan antara satu sama lain. Begitu banyak organisasi yang telah mencuba untuk menguatkan strategi untuk mendamaikan antara manusia akan tetapi masih ada lagi yang keras kepala.
Ada juga sesetengah manusia yang masih hidup kelaparan. Dengan itu, terjadinya pertubuhan organisasi bagi membantu sesetengah manusia yang kurang bernasib baik ini. Sampai sekarang masalah ini masih belum selesai. Mungkin ini terjadi disebabkan organisasi masih kekurangan sumber dan kewangan ataupun ada berlakunya penyelewengan antara orang atasan?
Saya harap semua masalah ini bisa diselesaikan segera agar, kita semua dapat hidup secara adil dan saksama. Masalah memang pasti akan datang, akan tetapi ia juga boleh diselesaikan sekiranya manusia bekerjasama. Percayalah!
Terima Kasih kerana membaca!
Follow, Upvote dan Reesteem
Selamat berjumpa lagi,
Mr Ed.