Pagi yang terang, Malam yang gelap, Bunyi burung pada waktu pagi, Bunyi serangga pada waktu malam, Keheningan, keindahan dan kesejukkan alam semulajadi,
Semua ini adalah ciptaan Tuhan yang indah,
Burung terbang di langit, Ikan berenang di laut, Kita yang berada diantara, Menjadi penentu kepada keadaan, Namun, kita yang merosakkan kedua-dua alam tersebut, Manusia yang kejam,
Pencemaran udara, Pencemaran air, Sehinggakan tempat sendiri pun dicemari, Perbuatan manusia yang kejam, Kerana ketamakan sehingga tidak berfikir,
Bagaikan anjing dengan bayang-bayang, Sehingga bilakah engkau ingin teruskan, Mencemar dunia untuk kepuasan diri, Sedarlah wahai manusia, Dunia ini dikongsi dengan haiwan dan tumbuhan,
Jagalah dunia ini dengan baik, Perliharalah alam sekitar, Semua flora dan fauna, Kekalkan keindahan ciptaan Tuhan, Berubahlah sebelum terlambat.