Kawasan ini terletak di kg. Timpangoh Laut - Sugud. Kalau kamu nampak orang post di FB, ada yang post gambar, jogging di Tower Timpangoh Sugud...nah tanah saya ada lebih kurang 15 ekar di sana... Sebelum sampai tower tu..
Saya dan adik-beradik ada projek tanam pokok getah disana, dibantu dan dipantau dari Lembaga Getah Sabah dengan syarat projek itu mesti mempunyai 100 ekar. Nasib baiklah tanah kami cukup untuk memohon projek itu. Maybe tahun ini atau tahun hadapan, getah itu boleh ditoreh sudah. Nah, sampai masa itu nanti, kena cari pekerja di ladang getah pula.
Oyaaa... Ada jalan yang telah dibina di sana.. dan jalan itu dibuat di atas tanah saya juga. Sudah siap 100%.... 2 tahun telah berlalu selepas jalan itu dibina.... Sampai ke hari ini, duit tara mari.... Krik krik krik....
Balik-balik rujuk di jabatan tanah dan ukur, HQ KK.... Alasan yang saya selalu dapat, kerajaan belum ada duit.... Kerajaan belum kasi masuk duit... Bla bla bla... Banyak alasan...
Persoalannya
Actually isi utama post saya ini ialah mengenai pampasan. Kalau kerajaan belum ada duit, kenapa boleh dapat buat projek baru...
Projek Jalan Pan Borneo adalah projek billions ringgit. Bukan itu saja, banyak lagi projek baru yang lain telah dan sedang dibuat. Selain itu terdapat banyak projek yang lain akan muncul. Saya tahu mengenainya, kerana saya ada membantu husband saya isi tender.
Sy dingar2 lagi mereka akan teruskan projek empangan di Papar walaupun penduduknya membantah...
Bersambung .....
Bagi yang baru mengikuti cerita ini, boleh rujuk episod yang sebelumnya dibawah.