Selamat sejahtera, Harap khabar anda semua baik sahaja dan agaknya harini cuaca sekitar saya agak mendung dan hujan renyai seketika. Diharapkan semua diluar sana tolong jaga keselamatan anda tak kira ketika memandu dan juga jangan lupa masa berbuka puasa semakin hampir.
Baiklah disini saya ingin menunjukkan satu gitar yang saya tidak pasti keluarannya dari mana namun apa yang saya lihat dari belakang Headstock ianya dibuat di china ( Made in china ) . Berdasarkan pemahaman saya di membaca di google gitar ini ialah berbentuk offset body dan bentuk badan dibina dari Brazil.. wow amazing.. Pastinya kamu tahu jika anda peminat/mempunyai gitar jenis Jaguar/Jazzmaster semestinya akan mengenali ciri-ciri Tagima ini.
4 Pilihan tone!
karakter 22 frets slot , tone selection ada 4! agak terkejut ianya mempunyai pilihan tonal bunyi yang luas. tonal pertama 50k bermaksud bunyi sangat malap , tonal kedua 100k bunyi malap , tonal ketiga 250k frekunsi fokus (mid) namun belum cukup terang dan yang terakhir sekali yang saya mainkan di video ini ialah pilihan ke empat pot standard untuk pickup humbucker iaitu 500k value.
Seperti biasa pickup selection hanya ada 3 pilihan iaitu pertama Neck, kedua Neck+bridge dan yang ketiga Bridge.
Ini ialah proses akhir iaitu mencuba untuk meniliti bunyi setelah pemasangan fretwire stainless steel, bunyi yang agak (besi) namun ianya salah satu kegemaran saya dan gitar ini ialah salah satu pelanggan saya dari gitaris band Ska iaitu Markaz69.
Pengetahuan saya dalam dunia gitar lebih kepada jenis elektrik gitar, beberapa spesifikasi yang saya suka buat terutamanya bila melibatkan genre yang dpanggil blues? saya pun lupa.. tapi yang pasti ketinggian tali hingga ke fretwire 1.25mm - 1.4mm adalah kegemaran saya dan juga karakter neck dipanggil baseball bat/U shape/Modern C neck ini adalah jenis yang saya minati.
Setelah Meneliti dan menggunakan gitar Tagima ini, saya hanya berterus terang mengatakan kelemahan pada gitar ini paling utama ialah fretwire. Bagi pengguna yang dikategorikan (Heavy user) fretwire untuk gitar jenama Tagima haruslah ditingkatkan kualiti bagi mencapai ketepatan bunyi tone yang diperlukan selain itu juga yang saya lihat ialah komponen (hardware) yang digunakan adalah jenis murah. Bagi saya ianya kerja gila bilamana kualiti kayu dan Neck gitar ini ditahap yang terbaik namun disebabkan fretwire dan hardware yang menjadi isu... Saya hanya membagi 5/10. Sebab untuk itu bila digunakan diatas pentas amatlah berisiko tuning gitar akan berubah ( out of tune ) dan pengunaan fretwire ( Low End) sangat-sangat tidak berkualiti.
Namun tidak semuanya ngeri kerana saya menyukai gitar ini juga sebab tonal kayunya yang berdengung/bassy mungkin kayu yang jenis 2 atau 3 piece digabungkan. Hanya menukar alat ganti sahaja gitar ini anda tak perlu risaukan mengenai Fender atau seangkatannya, dengan harga yang cukup berpatutan dibawah RM2000 ( hari itu Member ni berurusan dengan John Lau Amplitude ) hanya Rm1300 masa promosi hujung tahun.
Perbandingan harga yang cukup jauh serta versatile dan juga jangan anda silap gitar ini mampu memikat hati wanita yang lalu depan anda kerana rupa bentuknnya yang SEKSI. HAHA baiklah setakat ini sahaja dan Ini sebenarnya Part Ketiga.. Part Kedua akan menyusul kemudian wuzaa!! See You Later In My Next Post!