Art Of Arje Feat Kopikamilo
Ahaa dibulan Ramadan ini baru memasuki puasa ketujuh kalau tak silap saya.. tajuk ini merujuk salah satu komposisi saya bersama rakan seperjuangan dulu iaitu Faizul Yahiaya vokalis kepada Kopikamilo band, agak pelik nama band namun itulah citarasa mereka.
Susunan lagu ini ialah hasil idea gubahan saya kemudiannya ditambahkan lagi resepi dari Faizul, gabungan muzikal indie mungkin bukan kebiasaan kami untuk mencipta lagu hari raya tapi tidak salah untuk mengubah sesuatu yang baru.
Kisah Syawal lirik
(Faizul verse)
Waktu kecil-kecilku dahulu
Kau berikan semua hanya untukku
Baju raya itu yang ku mahu
Diberikan untuk kegunaanku
(Arjimi verse)
Dipagi syawal yang indah ini
ku bangun ku rasa sendiri
ku melihat gembiranya mereka
oh tabah ku hadapi dugaannya
(arjimi&faizul pre-korus)
Jangan bersedih , yang telah pergi
mari kita mendoakan kesejahteraan hidup
inginku ucapkan, kepada semua
(Faizul Korus)
Selamat, slamat hari raya
Ku ucapkan pada , Teman-teman saudara semua
(Arjimi korus)
Selamat , slamat hari raya
Ku pohon maa dipinta
ampuni lah salah dan silapku
Hasil kerja
Pembahagian kerja ini seperti berikut
Lirik : Arjimi&Faizul
Mix and Master : Arjimi
Komposer : Arjimi&Faizul
Drum : Arjimi ( Drum midi sampler)
Gitar : Arjimi
Bass : Arjimi
Seloka Bukannya Cerpen
Tak sampai sebulan lagi syawal bakal menjelma,
terasa bahang indah sinarnya,
daun kering dibakar disepah,
Bulan mulia dihujung pelepah.
Kepada yang berpuasa selamat berpuasa dan teruskan beramal dibulan yang penuh berkat ini. Sekian dan jumpa lagi.