Mungkin kita pernah terfikir adakah seni merujuk satu perbuatan? pandangan saya mungkin berbunyi begini. Seni adalah hasil daya kreativiti yang ada dalam diri kita tidak kira apa jua pun karya yang kita hasilkan melalui gelombang bunyi(muzik) , puisi (penulisan) ataupun lukisan yang mewarnai jiwa dan minda kita.
Lepaskan Geram
Ku pusing tombol efek efek digital yang kian menjadi trendy masa kini, alkisahnya ku mencipta suatu bunyi bising memecah keheningan setiap pelusuk dinding.
Geram memetik fretboard sambil memetik tali satu dan dua dengan pantasnya menjadi kan tremolo picking disambut dengan hentakan drum dan alunan bass.
AHHH!!! celakanya hampir kemuncak bunyian instrumental namun tali satu terputus!!!
Ku teruskan seperti biasa daripada menghentikan kemuncak korus lagu tersebut! terciptanya idea baru secara spontan dan daripada 7 minit durasi lagu tersebut disebabkan HYPE hampir-hampir 20 minit tanpa henti alunan muzika post-rock ambient dimainkan.
YA muzik tanpa lirik vokal suara adalah pelik bagi sesetengah namun ianya seni tersendiri bagi pandangan ku... sehinggakan pernah ditanya oleh seseorang:
'Bro kenapa muzik post-Rock tiada vokal'
'Bro kenapa muzik kamu berdurasi hampir setengah jam'?
Dengan tenang ku jawap:
'Sama juga seperti kereta, ada orang suka modified dan ada suka guna sahaja tanpa menghiraukan mekap-mekap kereta.. nampak? beza kreativiti masing-masing dan seni tiada penghujungnya.
Dengan riak muka yang kebingungan mereka hanya mengangguk menandakan 'iya' atau mereka 'faham'.
Dipendekkan cerita sebenarnya tali gitar aku putus.. nantikan update dari saya dalam kisah anak seni lokal seterusnya!
!m
Tree.My practice session
Sekian dan terima kasih untuk
UPVOTE/RESTEEM