Unity in diversity

Assalamualikum & apa kabar kamu urang? harap semua sihat- sihat saja.

salam perkenalan dari saya c @ikankaruk88. pis yo..😎✌🏻

Tujuan saya buat ini posting adalah bertujuan yang
Saya mau mengasi tau (biarpun kamu sudah tau
) 🤣 sabah adalah negeri yg butul2 1 malaysia. ( tag line c najib taim dia PM ) 😄

Kalo kita rakyat sabah mmg sedia maklum sudah bha kan dengan kehidupan kita yg pelbagai agama,bangsa & kaum.
Tiada masalah kita berjiran atau sekampung dgn kepelbagaian org dlm masyarakat kita.

Tapi.. tidak juga semua org dapat menerima sebegitu dalam masyarakat kita.(segelintir kecil) mereka mungkin ada sebab tersendiri kenapa dorg jadi macam tu , dan kadang kadang ada juga orang @ wakil (badukang) daripada orang yg mahu kepentingan sering menabur fahaman perpecahan & meniup bara isu perkauman bagi mencetuskan suasana tidak aman di dalam negeri kita. uisehhh.. 😆

Dalam kehidupan masyarakat majmuk yang diamalkan di negeri ini, samua pihak perlu memahami asal usul, menghormati serta menerima budaya, bahasa, agama dan cara hidup setiap bangsa dlm negeri ini.

Tapi , jika kita semua bersatu dan tahu peranan masing-masing, golongan ini bukan sahaja dapat dibendung malah terus dibanteras daripada terus memporak- perandakan negeri yang kita cintai ini. Sabah sebuah negeri yang istimewa kerana ia memiliki kepelbagaian kesenian budaya, bahasa, agama dan cara hidup.

Tiada masalah juga kalo kita berbeza pandangan dan itu perlu kita raikan dan tidak seharusnya dijadikan sebagai penghalang. Kamu tau kenapa? Setiap apa yang berlaku pasti ada jalan penyelesaian yang baik dan pastinya kita perlu lebih matang serta tenang untuk berdepan dengan sesuatu perkara kerana dengan tindakan provokasi atau kekerasan tidak membawa kepada kesudahan yang baik dan menyenangkan. 😊✌🏻

Bha itu saja lah.. pening - pening sudah aku mau tulis & pikir ni😂

Tq sudi baca hahaha..

kita sabahan ingat, ( walaupun saya bukan Ori sabahan ) Perpaduan dan kepelbagaian suku kaum, budaya serta kepercayaan agama di Sabah adalah aset penting yang perlu dipelihara dan dipertahankan oleh rakyat Sabah itu sendiri, bukan orang lain..

** kalau kamu urang ada mau tambah kasi komen2 saja ya.

Kita kita juga bha ni..😊😊

*Gambar pemandangan di sebuah gereja di waktu senja *

H2
H3
H4
3 columns
2 columns
1 column
Join the conversation now