Spaceranger

Words
389
Reading
2 min
9y
Listen to this post
~3 min

Hi semua,

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah Spaceranger ini. Adakah ia dibuat saja-saja atau ada maksud disebaliknya? Di sini saya ingin terangkan bahawa spaceranger adalah sebuah kumpulan atau lebih tepat komuniti gamers di Malaysia. Sebenarnya ia ditubuhkan untuk suka-suka sebagai sebuah kumpulan gaming di mana semua bekas ahli kumpulan yang dahulunya berlainan kini bergabung menjadi satu. Semua mempunya latar belakang permainan video yang berbeza. Apa pun ia, minat kami semua adalah sama iaitu permainan video.
17757234_195241240969521_7206713848892772576_n.png
Terima kasih kepada hirowb@hirowb kerana telah mereka logo ini dan sehingga kini ia masih diguna pakai. Tentang spaceranger yang telah dikemaskini ialah sebuah komuniti gaming dan terbuka kepada semua orang, jadi semua orang boleh mencari rakan yang bermainan game yang sama disini. Ditubuhkan pada lewat tahun 2016 dari sekumpulan kawan yang bermain Counter Strike: Global Offensive (CSGO). Space Ranger mulanya dicadangkan oleh Doktor Rocket dan ia kekal sehingga kini. Ia benar, doktor tersebut bukanlah hanya gelaran dalam permainan semata-mata tetapi beliau memang seorang doktor yang mempunyai klinik sendiri. Hanya Rocket yang merupakan nama ajukan dalam permainan. Beliau merupakan tunjang utama kepada komuniti ini dan penaja utama. Kini, komuniti kami semakin berkembang dan dari satu permainan, kini kami mempunyai wakil atau divisyen untuk beberapa game yang lain.
Kami mempunyai pemain-pemain untuk permainan video seperti berikut untuk beberapa kejohanan:
Counter Strike: Global Offensive (CSGO)
Player Unknown Battle Ground (PUBG)
Mobile Legends (ML)
Tekken
FIFA

Antara ahli-ahli rasmi Space Ranger:
Doctor Rocket
Admir
Ecky
Denz
Zimmy
Wormboy
Boni
Karangka
Desu
El
Fyx
Teddy
Gigong
Toymachine
DBG
Sugar Rush
Sunny
Azureshi
Donna
SubmotionMY
Cdol
Adam
Gaman
Timmy
Muffin
MSP
Akira
Vectro

Majoriti ahli dalam kumpulan ini sebenarnya adalah bekas-bekas pemain Counter Strike 1.6 pada ketika dahulu dan ada sebahagiannya telah pun memenangi beberapa kejohanan. Kini, semua ingin mencuba game yang baru dan fokus kepada divisyen masing-masing. Teddy merupakan pemain Counter Strike 1.6 ketika dahulu dan bermain bersama kumpulan Notorious Gaming (NG) dan kini dibawah spaceranger beliau telah beralih kepada game console iaitu FIFA. Beliau buat pertama kali telah menyertai Borneo E-Arena di Kota Belud untuk FIFA18 tetapi tersingkir dalam pusingan 32 kalah mati. Rekod-rekod sebelum ini, divisyen CSGO juga tewas, begitu juga dengan Tekken. Tetapi itu semua baru bermula kerana kini semua orang yang berlainan bergabung menjadi satu dan masih mencari rentak dan kesefahaman. Tetapi semua kelihatan semakin baik.

Saya rasa itu sahaja untuk hari ini, jumpa lagi!

Spaceranger | Ecency