Puisi untukmu

myd77(42)
Published in
#blog
Words
80
Reading
1 min
Listen
Play
8y

Perjalanan ini bukanlah sesuatu yang ku inginkan,
Pertemuan ini bukanlah sesuatu yang ku harapkan,
Pertengkaran ini bukanlah sesuatu yang ku impikan,

Aku lahir dan diberikan nafas untuk berjalan di atas bumi ini,
Ku dikurnia tulang-tulang yang kuat untuk menyokong berat tubuhku,
Namun apa yang tidak terlihat oleh mata kasar adalah betapa goyahnya kekuatan ku dari dalam,

Jiwaku,
Ragaku,
Tenagaku,

Wahai kereta api,
Ku mohon...
Janganlah kau rosak setiap hari,

Kerana tanpamu,
Betapa sengsaranya perjalanan kami ini.

Puisi untukmu | Ecency