Ciptaan Lagu 'sejenak'

melodiilham(41)
Published in
#bm
Words
180
Reading
1 min
Listen
Play
8y

savedpicture-20141218161301.jpg
photo credit to simpangwaru.wordpress.com

https://soundcloud.com/radzali-mustaffa/sejenak

salam Kawan-kawan steemit sekelian. Hari ini saya ingin share lagu ciptaan saya yang dinamakan Sejenak . Belum ada lagu ciptaan saya yang saya nyanyi kan sendiri. Lagu ini telah lama dicipta inspirasi dari kawan-kawan yang sering menyanyikan lagu-lagu baru yang di cipta secara spontan.
Lagu ini mengisahkan seorang jejaka yang dulunya seorang playboy tetapi setelah beliau menyesali sikapnya dulu dan ingin kembali setia kepada sesaorang dan meminangnya..tetapi kekasihnya agak buntu kerana ada dua pilihan dan meminta jejaka ini menunggu jawapanya....
Dengarkan lah lagu ciptaan saya yang dinyanyikan saya sendiri..maaf suara saya tak sedap maklumlah bukan penyanyi.

SEJENAK

Sejenak ke terpandang
bayang-bayang mu yang datang
terdetik pertanyaan
adakah cinta dibalasnya

Setahun ku menunggu
Jawapan dari mu
Dia atau aku
Namun jawapan mu menusuk kalbu

Katanya
Tak ingin menangis Kerana ku
tak ingin menderita dikecewa
katanya tulus cinta ku
datang dari lubuk dusta
sedangkan ku menunggu
penuh setia

Sejenak ku terfikir
jawapan yang terukir
ku tahu dia itu
yang bertahta dihati mu

ku akur jawapan mu
jodoh ini bukan milik ku
izinkan kali ini
ku memanggil dirimu ...sayang.

Ciptaan Lagu 'sejenak' | Ecency