****Impian****
Ini ceritaku,
Saya seorang Grab driver dan hanya menghantar makanan ke tempat yang sudah diorder oleh customer dan dijadikan cerita, saya telah menghantar makanan ke satu buah kedai motosikal yang baharau di area Dongongon, Sabah.
Selepas menghantar, saya tergerak hati untuk melihat di sekeliling kedai tersebut dan melihat banyak motosikal yang besar-besar dan ada juga yang kecil dan juga electric.
Semasa melihat sekeliling, dalam hati merasakan jika saya mempunyai cukup duit, saya pasti akan memiliki salah satu motosikal yang saya minati didalam kedai itu, ianya adalah motosikal benelli 150 seperti gambar di atas.
Harga motosikal tersebut adalah RM8888 dan ianya mempunya design yang amat simple dan clean, warna hitam dan panel meter yang sangat minimalist membuatkan saya teruja melihatnya.
Tapi buat masa ini, saya cuma dapat melihat, menyentuh dan berjumpa secara dekat sahaja motosikal tersebut dan harapan dimasa akan datang saya dapat memilikinya bila ada cukup duit.
Kehidupan di era modern sekarang, kos kehidupan di bandar amatlah meningkat, apa lagi jika mempunya commitment lain yang lebih penting seperti keperluan rumah dan juga keperluan anak ke sekolah.
Dengan adanya semua ini, segala hobby dan keminatan kita telah jatuh kepada topic kedua dalam hidup dan mungkin ke-3 atau ke-4
Oleh itu, kepada semua yang telah membaca, diharap agar kamu semua akan tetap bersabar, teruskan usaha dan pasti sampai masanya untuk mendapatkan impian atau benda yang kamu ingini nanti.
Sampai jumpa lagi diblog post yang akan datang, terima kasih 🙋♂️🙌🫡