Bukankah sesuatu yang indah sekiranya ini menjadi satu realiti? Walaupun ‘transparency’ merupakan asas kepada sistem ‘blockchain’ yang mana “anonymity” individu dikekalkan, ada sesetengah pihak yang mahukan protokol yang lebih sulit, selamat dan stabil daripada sistem yang sedia ada untuk melakukan transaksi kewangan, maka terhasil lah protokol Monero.
Walau bagaimanapun, sudah pasti terdapat kelebihan (pros) dan kekurangan (cons) yang ada pada Monero.
Protokol Monero membolehkan XMR dihantar ataupun diterima oleh individu secara rahsia. Maknanya, segala maklumat terperinci tentang maklumat transaksi yang dilakukan seperti jumlah transaksi, pemberi dan penerima XMR tidak akan diketahui oleh orang awam.
Dengan teknologi sulit dan rumit protokol Monero, transasksi yang dilakukan dengan menggunakan protokol ini tidak akan dapat dikesan kerana 3 ‘privacy technologies’ yang diguna pakai iaitu
- ring confidential transactions (RingCT)
- stealth addresses
- Fungibility
Walaupun XMR dilihat sebagai matawang kripto yang “private”, XMR secara realistiknya bersifat ‘fungible’ aatau dengan erti kata yang lain, 1 XMR tetap bernilai satu 1 XMR walaupun 1 XMR itu telah ditukar milik kepada seberapa ramai individu sekalipun. Selain itu, analogi yang paling tepat untuk menerangkan tentang “fungibility” ialah emas. Walaupun 1 kg jongkong emas dileburkan dan dijadikan sebagai cecair, nilai 1 kg emas tersebut masih sama dan tidak akan berubah.
Walaupun Monero dipercayai mampu menyediakan asas privasi kepada mata wang cryptocurrency, namun terdapat juga kekurangan yang ada pada Monero.
Disebabkan Monero menggunakan “privacy technologies” untuk mengekalkan ‘anonimity’ dan sebagainya, penggunaan Monero masih belum mencapai tahap adaptasi seperti Bitcoin dan sesetengah pihak mengkritik bahawa Monero digunakan hanya untuk melakukan transaksi btc dalam bentuk “privacy” dan “ anonimity”
Ruang siber dan kripto telah digemparkan dengan penemuan ‘malware’ yang mengancam aktiviti ‘mining’ XMR yang dihasilkan oleh CPU. Malware ini berfungsi dengan cara mensabotaj ‘address dan url receiver’ XMR. Sesetengah pihak menuduh ‘hacker’ dari Korea Utara menjadi dalang dalam hal ini. Namun, apa yang pasti, hal ini merupakan satu titik kelemahan yang terdapat pada protokol Monero.
Disebabkan sifat Monero yang privacy, serta process computation yang rumit, protokol Monero dilihat mengalami masalah scalability di mana segala proses transaksi tidak dapat dilakukan dengan kadar masa yang singkat sekiranya transaski tersebut mencapai tahap yang lebih tinggi berbanding sebelumnya.
Walaupun Monero dilihat telah berjaya mencapai aras tertentu yang mana 1 XMR= 494.16 usd pada awal Januari 2018 , namun persaingan yang dihadapi dengan mata wang kripto yang mempunyai fungsi seperti Monero iaitu Zcash dan PIVX sangat sengit, apatah lagi dengan kehadiran Verge (XVG) yang di rebranding daripada dogecoindark merancakkan lagi industri yang sedia ada. Walau bagaimanapun, sesetengah daripada komuniti ini masih percaya akan kebolehan XMR. Dan apa yang pasti tahun-tahun yang akan datang, dengan sokongan kuat daripada komuniti XMR, status sedia ada akan bertukar wajah dengan kehadiran idea dan ‘development’ yang akan memberi nafas baru kepada XMR.