BIODATA RASULULLAH S.A.W
Edisi menyambut bulan tercinta, bulan kelahiran yg tercinta
馃枌 Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim.
馃枌 Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
馃枌 Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
馃枌 Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
馃枌 Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
馃枌 Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
馃枌 Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
馃枌 Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
馃挀 Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
馃挀 Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
馃挀 Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
馃挀Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
馃挀Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.
USIA 20 TAHUN
馃挀Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
馃挀Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
馃挀Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
馃挀Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
馃挀Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
馃挀Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
馃挀Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
馃挀Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
馃挀Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
馃挀Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
馃挀Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
馃挀Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
馃挀Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
馃挌 Khadijah Binti Khuwailid.
馃挌Saudah Binti Zam'ah.
馃挌Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
馃挌Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
馃挌Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
馃挌Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
馃挌Zainab Binti Jahsy.
馃挌 Maimunah Binti Harith.
馃挌 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
馃挌 Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1.馃挏 Qasim
2.馃挏Abdullah
3.馃挏 Ibrahim
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
馃挋Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
SAUDARA SUSUAN
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
( ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
*** Sempat masuk Islam.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga" (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
丕賱賱賴賲 氐賱賶 毓賱賶 爻賷丿賳丕 賲丨賲丿 賵毓賱賶 丌賱賴 賵丕氐丨丕亘賴 賵爻賱賲
Nabi Muhammad SAW - Manusia agung
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH
馃挀Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
馃挒 Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
馃挒Aku melihat cahaya dari lidahnya.
馃挒 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
馃挒 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
馃挒Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
馃挒 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
馃挒 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
馃挒 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
馃挒 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
馃挒 Wajahnya seperti bulan purnama.
馃挒 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
馃挒Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
馃挒 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
馃挒 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
馃挒Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
馃挒Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
馃挒 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
馃挒Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
馃挒Janggutnya penuh dan tebal menawan.
馃挒Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
馃挒 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
馃挒Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
馃挒Rambutnya sedikit ikal.
馃挒 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
馃挒 Rambutnya terbelah di tengah.
馃挒Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
馃挒Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
馃挒Seimbang antara kedua bahunya.
馃挒Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
馃挒Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
馃挒Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
馃挒 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
馃挒Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
馃挒Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
馃挒Warna putihnya lebih banyak.
馃挒Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
馃挒Warna kulitnya putih tapi sihat.
馃挒Kulitnya putih lagi bercahaya.
馃挒 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
馃挒 Badannya tidak gemuk.
馃挒Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
馃挒 Perutnya tidak buncit.
馃挒 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
Catatan :
Boleh Kirim kepada yang lain lainnya Untuk mengenal Beliau dan mencintainya