PIBG, Sekolah Kibabaig Penampang (sekolah anak saya) akan menganjurkan aktiviti larian 6km pada tarikh 30 march yang bermula pada pukul 6:00 pagi.
Tujuan larian ini diadakan adalah untuk mencari dana untuk pembangunan sekolah. Ia terbuka kepada pelajar sekolah, ibubapa dan orang ramai.
Semua peserta runner mesti berkumpul di Kompleks Sukan Penampang, 10 minit sebelum jam 6:00am, kerana apa bila tiba masanya acara itu akan terus bermula.
Runner akan berlari dari kompleks > Donggongon > roundabout > roundabout Siga> ikut Jalan Pintas Penampang> U-turn dekat paddyfield> ikut Jalan Boongoon Kodundungan Ganang ke roundabout Siga> ke Jalan Penampang Tambunan> sampai roundabout u-turn ke Kompleks Sukan Penampang> Tamat.
Selepas selesai acara larian, aktiviti zumba dan lucky draw akan menyusul.
Bagi sesiapa yang ingin menyertai larian ini, boleh download borang diatas dan hantarkan sebelum 3 march 2019. Sila hubungi nombor telefon yang tertera dalam borang sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lebih lanjut.
Saya dan @abellehera akan belari pada hari tersebut. Saya harap kaki saya tidak akan krem... Hahaa
All photos from Sk. Kibabaig FB