Salam sejahtera dan assalamualaikum w.b.t kepada yang beragama islam. Hari ini memasuki ramadan kedua ataupun puasa hari kedua, agaknya ramai yang excited ingin mengetahui lebih kelebihan berpuasa dan apakah hukum hakam berpuasa. Baiklah saya akan memberikan sedikit pemahaman berpuasa di bulan ramadan yang mulia ini.
Golongan yang digalakkan berpuasa tidak terkecuali mahupun tua ataupun muda selagi ianya tidak memudaratkan kesihatan kita. Point ini saya bahagikan agar mudah untuk difahami, lagi-lagi subjek puasa ini adalah subjek pembentangan ketika saya menuntut di politeknik kota kinabalu suatu masa dahulu.
Ramai antara kita mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan makan yang tidak seimbang, oleh kerana itu bulan ramadan ialah peluang untuk kita mengubah gaya hidup selain itu juga ianya membantu untuk mengurangkan ketagih berlebihan kita dengan kadar yang drastik, namun ramai yang terlepas pandang kelebihan berpuasa juga dapat mengurangkan stres kerana secara psikologinya amalan berpuasa membantu kita kurang mengingati hal duniawi. Inshaallah bantuan rakan-rakan sekeliling yang memberikan sokongan juga amat digalakkan agar kita tidak mudah terpesong dan terlepas peluang keemasan dibulan ramadan yang besar manfaatnya.
Atas saranan doktor diperbolehkan namun harus digantikan dengan puasa ganti
Namun ada juga golongan yang tidak menggantikan puasa ganti dan diharuskan membayar Fidyah(denda).
Namun bayaran Fidyah juga tertakluk pada suatu tempat dan diselaraskan oleh pemerintah contohnya harga beras semasa untuk diberikan kepada golongan fakir dan miskin.
Berpuasa banyak kebaikannya selain mengawal pemakanan kita , kita juga dimestikan menjaga disiplin dan tidak melakukan salah laku agar puasa kita tidak dilabel (makruh) puasa tanpa pahala.
Selain itu juga kita juga dapat merasakan bagaimana rasanya orang yang hidup kurang bernasib baik agar menjadikan kita manusia yang lebih perihatin disamping itu juga memahami hidup adalah adil untuk seluruh umat dimuka bumi. Kepada non muslim terima kasih membaca mungkin ada kebaikan yang kita boleh ambil dan dalam masa yang sama saya sebagai rakyat Malaysia ingin menunjukkan keharmonian yang sepatutnya hak milik bersama.
Terima Kasih