Pandangan Pertama Musim ketujuh part 1

Hi! semua baik sahaja? harap anda menjalankan program anda tanpa gangguan. Hari ini aku ingin kongsikan suatu penceritaan yang biasa bagi untuk aku luahkan. Dahulu sebelum aku mencecah usia ke umur 20 tahun aku suka menulis kisah-kisah cinta pandangan pertama dan hari ini aku berpeluang menemukan minat aku diluahkan dalam media sosial ini.

Ali

Seorang lelaki yang tidaklah tampan mana pun kerja sebagai operator kilang besi sahaja, namun jangan pandang apa yang berada didepannya kerna menurut rakan-rakan sekerja Ali amat patu terhadap arahan kerja dan juga seorang tegas dan bertaqwa kepada yang maha esa. Suatu hari ketika Ali hampir menuju ke punch card untuk pulang, kami terserempak secara tidak sengaja dan aku telah menjatuhkan makanan yang dibawanya. Namun aku tidak menjangka Ali hanya berdiam diri dan tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun.

Ali menoleh pun tidak dan hanya menyapu kembali makanan yang aku jatuhkan tadi, aku kaku mencuba untuk meminta maaf namun belum sempat aku menyatakannya Ali dahulu menyatakan mohon maaf atas pelanggaran tersebut. Semenjak hari itu aku mengubah persepsi terhadapnya kerana sebelum ini aku mengesyaki sesuatu yang negatif tentang dirinya.

Tak mengira waktu

Di ketika aku sedang berkerja dihujung minggu bagi menyiapkan kerja-kerja yang perlu mengikuti masa yang ditetapkan, rupa-rupanya Ali juga bertungkus lumus menyiapkan kerja yang sepatutnya bukan hari yang dia perlu buat. Tersemat dari jauh aku melihat rupa Ali begitu berseri-seri sedangkan jikalau orang lain tentu sahaja telah memaki hamun atas kerja yang bukan milik mereka.

Ketika Ali menoleh ke arah aku, dengan tenang dia berkata "Kate dah makan?" tentunya aku menjawab 'belum. Ali mempelawa aku ke tempat yang biasa beliau pergi, dengan menaiki kereta saga warisan dari ayahnya aku tidak menjangka kereta yang dipandunya seperti baru 2-4 tahun pengunaan , begitu hemahnya dari ayahnya hinggalah ke anaknya Ali menggunakan kereta itu. Ketika sampai di destinasi, kami mengorder makanan seperti biasa dan aku cuba perhati bagaimana Ali makan, begitu cermat dan pembersih!!! ya ampun aku tak dapat bayangkan dia mengalahkan wanita lagi-lagi tidak padan dengan perwatakannya muka yang garang.

Semenjak hari itu aku mula jatuh hati tanpa aku sendiri menyedarinya, ego aku lama-kelamaan runtuh atas budi pekerti yang dia tunjukkan, lemah lembut dan dalam masa yang sama dia juga tegas orangnya. Bersambung"

Episod kedua menyusul dan nantikan kisah seterusnya dari saya! Terima Kasih

H2
H3
H4
3 columns
2 columns
1 column
Join the conversation now
Logo
Center