[Bahasa] Bank Darah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

JB1

Tibanya masa untuk derma darah, justeru kali ini saya ingin mengunjungi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan lihat keadaan di bank darah ini. Saya berminat nak tahu ada apa beza antara JB dengan Singapura, sama ada ianya seperti seorang kawan saya yang sering buat pendermaan darah di KL, di sana mereka agihkan banyak makanan bagi penderma darah.

Bank Darah Johor Bahru berada di satu hujung bersebelahan dengan hospital besar, ianya adalah bangunan bersendirian dan tidak berhubung dengan mana-mana bahagian hospital. Ianya terletak dekat pendiaman orang awam. Kalau ingin pergi ke sana , ingatkan keluar dari lebuhraya dekat dataran, dan belok ke kanan di simpang lampu isyarat dekat kedai mamak.

Proses-nya sama dengan Singapura, ambil borang and isikan butiran diri dan buat pendaftaran dekat kaunter.

JB2

Kerusi derma darah nampaknya sangat selesa, setanding dengan Singapura. Dan ada sebaris menghala ke hutan, rasa lebih selesa tengah derma darah.
JB3

Oleh kerana ini adalah Hospital pusat Johor, jadi boleh buat derma plasma darah di sini dengan adanya mesin tersebut.
JB4

Bilik rehat terletak sebelah bilik derma- ruangan rehat bagi penderma selepas derma darah

JB5

Di sini, tidak seperti apa yang disebut kawan saya kat KL, bahawa ada banyak makanan seperti Nasi Lemak , buah-buahan bagi penderma. Juga tiada voucher Kenny Rocher seperti yang dikutip yang lepas di Plaza Pelangi. (Hehe derma darah bukan untuk makanan la)

JB6

Walau bagaimanapun, kali ini buat pendermaan darah, saya telah pun dapat buku merah kecil yang merekodkan pendermaan darah di Malaysia , di mana lain kali , bisa gunakan buku merah ini untuk menolak kos-kos hospital- ada rasa bangga sikit dengan pencapaian sendiri , hehe.

Kali kedua buat pendermaan di Johor Bahru, saya mendapati ada 2 pihak yang menganjur kempen-kempen derma darah di kawasn JB, satu pihak ialah hospital besar JB, dan pihak yang lain ialah HSI- Hospital Sultan Ismail. Di mana info-info di facebook tentang kempen derma darah nampak tidak disalurkan bersama, perlu cari info dekat kedua-dua facebook page.

JB7

Semoga boleh lagi buat pendermaan darah di merata-rata tempat serata Malaysia dan Singapura, kemudian saya bisa buat pengongsian pengalaman dengan rakan-rakan kalian.

Alamat:
46, Jalan Mahmoodiah, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Waktu Operasi:
Ahad-Rabu: 8am - 4pm
Khamis 8am-2pm
Jumaat & Sabtu, Tutup

#blood-bank-johor-bahru
#hsadermadarah
#hospitalsultanahaminah
#hsa
#bloodbankjb
#blooddonationjb
#blooddonationmalaysia
#新山血库
#bank-darah-johor-bahru
#jomdermadarah
#pendermakonsisten
#darahtakpernahcuti
#dermadarah
#dermadarahjb

Related Article:
[中文][新加坡] 裕廊东血库 https://blooddonor-mysg.blogspot.com/2019/11/cn-singapore-jurong-east-blood-bank.html

[中文][新加坡] 兀兰血库https://blooddonor-mysg.blogspot.com/2019/12/cn-singapore-woodland-bloodbank.html

[中文][马来西亚] 新山血库https://blooddonor-mysg.blogspot.com/2019/11/johor-bahru-blood-bank.html

[中文][马来西亚] 大马捐血记验 https://blooddonor-mysg.blogspot.com/2019/11/cn-blood-donation-experience-in-malaysia.html

[English][Singapore] Dhoby Ghaut Blood Bank https://blooddonor-mysg.blogspot.com/2019/11/blood-donation-dhoby-ghaut_26.html

[English][Singapore] Jurong East Blood Bank https://blooddonor-mysg.blogspot.com/2019/11/en-singapore-jurong-east-blood-bank.html

[English][Singapore] Woodlands Blood Bank https://blooddonor-mysg.blogspot.com/2019/11/en-singapore-woodland-bloodbank.html

H2
H3
H4
3 columns
2 columns
1 column
Join the conversation now
Logo
Center