Akibat lewat pergi ke sekolah

sumber

Sengguh malang hari ini kerana saya lambat bangun untuk pergi ke sekolah. Saya bersiap dengan tergesa-gesa agar sempat sampai ke sekolah sebelum lonceng dibunyikan. Tapi malang tidak berbau kerana saya tidak sempat berbuat demikian.

Sampai sahaja di sekolah pengawas pun mencatat nama saya. Kemudian saya dipanggil ke bilik guru disiplin. Cikgu bertanya kenapa saya lambat sampai ke sekolah pada hari ini.

Saya menjelaskan kepada cikgu bahawa saya terlambat bangun kerana jam lonceng saya tidak berbunyi. Ini kerana bateri jam lonceng sudah lemah.

Cikgu menasihati agar saya tidak mengulang kejadian tersebut. Saya berjanji bahawa saya tidak akan bangun lambat lagi dan menggantikan bateri lama dengan bateri yang baru agar jam lonceng itu dapat berfungsi semula.

Siapakah kami?

Kami ialah Amber dan Grace. Kami ialah pelajar sekolah menengah. Ini ialah hp kakak kami. Kami akan menulis karangan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa English di blog ini. Dengan cara ini kami dapat memperbaiki mutu karangan, disamping itu kami akan mendapat extra duit untuk membeli sebuah komputer atau laptop.

Sebagai seorang pelajar, komputer amatlah diperlukan untuk menyiapkan kerja sekolah atau projek. Kami harap impian untuk mendapatkan sebuah komputer dapat dicapai melalui penulisan di Steemit.

Terima kasih kerana membaca karangan kami dan menyokong kami di sini. Terima kasih ☺.

Yang benar,
Amber & Grace

H2
H3
H4
3 columns
2 columns
1 column
Join the conversation now