Nyawa

Nyawa

Setiap manusia mempunyai satu sahaja nyawa. tidak seperti game, ada banyak nyawa. adapun manusia hanya diberi satu. kita sebagai manusia wajib kita beramal dengan kebaikan didunia ketika masih adanya nyawa untuk kebahagian di akhirat.

setiap amalan yang kita lakukan hendaklah dilakukan sebaiknya kerana mungkin itu kebaikan satu satunya yang diterima.

kita tidak tahu bilakah nyawa kita akan diambil. Tiada sesiapa yang dapat mengetahui bila sampai ajalnya. sejak kebelakangan ini, saya sering dikejutkan dengan kematian yang mengejutkan, yang tidak disangka sangka termasuklah arwah nenek saya. Sangat menyedihkan saya tidak dapat berada disisinya ketika keadaan memerlukan semua ahli keluarganya. Saya tidak sempat mandikannya sedangkan ketika hayatnya saya yang mandikannya. Siapkan makan pakainya.

kita sebagai hamba Allah tak layak untuk membangkang, mempersoalakan apa sahaja kehendaknya. malah kita tak mampu untuk meneka apa yang telah ditakdirkan untuk kehidupan kita. maka haruslah kita redha, tabah dan meneruskan melakukan kebaikan.

Rasulullah bersabda:
‎ماشاء الله كان وما لم يشأ لم يكن
Mafhumnya; Apa sahaja yang Allah kehendak pada azal utk ia berlaku pasti ia akan berlaku, apa sahaja yang Allah tidak kehendak pada azal utk ia berlaku pasti tidak akan berlaku.

nyawa; kita tak mampu duga bila tiba masa dicabutnya. sama ada disaat muda atau tua kerana ajal tidak mengenal usia muda atau tua. yang pasti kita sebagai manusia sentiasa membuat amal kebaikan sejak awal bukan tunggu usia tua.

Truly,
@almawaddah

H2
H3
H4
3 columns
2 columns
1 column
Join the conversation now
Logo
Center