Apa itu steemit?


Facebook dan sebagainya curi data dan privasi anda tanpa beri apa-apa ganjaran


USD $8,000,000,000.00+ keuntungan facebook dari iklan - kau dapat apa? buang masa je...

Jadi steemit ini apa? kita akan senang faham steemit itu kalau kita faham konsep bitcoin (kalau nak tau bitcoin itu apa sila komen dan saya akan buat post lagi satu)

steemit adalah aplikasi "frontend" tetapi mengunakan blockchain (database/backend) steem.

contoh steemit itu macam seat dalam kereta dan steem adalah engine kereta, orang biasa tak perlu tau... macam Perodua dan Daihatsu engine (blockchain) sama tetapi jenama/merek lain.

jadi jangan sama kan steem dan steemit

sebagai contoh Busy juga mengunakan steem blockchain (click lah cuba yang mana sesuai dihati)

senang kata steemit ini adalah platform macam facebook, blogspot, wordpress.com dan sebagainya tetapi kita boleh menjana pendapatan jikalau artikel kita menarik dan orang vote

bila orang vote atau undi kita akan dapatlah steem/steem dollar/steem power (ini untuk post lain kali)

jadi dengan steem (token) ini kita boleh lah tukar kepada ringgit Malaysia atau Bitcoin.

tetapi buat masa ini masih tidak boleh kerana permintaan kurang dan tak boleh buang untung.

tetapi aku bersedia dan domain steemmalaysia.com aku yang punya hehe (aku tengah fikir nak buat RM<>steem ke bahasa melayu/indonesia frontend)

ok lah kalau nak berkawan silalah vote dan follow yeeee

trimass~

H2
H3
H4
3 columns
2 columns
1 column
Join the conversation now
Logo
Center