Bengkel Koir/Choir Workshop

Khidmad masyarakat di SMK Tarcisian Convent Ipoh, Perak, Malaysia

image

Selaian daripada menjalankan tugas harian saya sebagai pensyarah vokal/koir di universiti, saya juga menjalankan khidmat masyarakat mengajar dan membimbing pasukakan koir sekolah sekitar negeri Perak. Kali ini, saya telah membuat bengkel koir di SMK Tarcisian Convent Ipoh, Perak. Seramai lebih kurang 60 orang pelajar sekolah ini telah terpilih untuk mengikuti bengkel selama 5 jam.

Semua ini saya lakukan adalah untuk memberikan ilmu dan tunjuk ajar serta demi memartabatkan nyanyian koir kepada meraka yang rata-rata masih baru dan kurang berpengalaman dalam bidang ini.

image

sesi warm up sebelum memulakan aktiviti nyanyian koir
Sesi warm up sangat penting sebelum aktiviti nyanyian koir dilakukan. Aktiviti ini merangkumi teknik pernafasan yang betul, teknik nyanyian yang baik dan membuatkan mereka telah bersedia secara fizikal dan mental.

image

image

image

Pendedahan dan kefahaman terhadap teknik conducting yang baik memudahkan lagi ahli koir untuk menghasilkan mutu nyanyian dan persembahan yang baik. Penerangan terperinci dan jelas terhadap kehendak sesebuah gubahan dan gaya persembahan yang dikehendaki dari sebuah gubahan koiR amat penting untuk dimengertikan dalam menghasilkan interpretasi yang betul terhadap sesebuah karya muzik.

image

Walaupun 5 jam berbengkel bukanlah satu masa yang panjang tetapi sedikit sebanyak ianya dapat dimanfaatkan buat meraka. Semoga usaha murni ini dapat meningkatkan lagi mutu perembahan dan kualiti nyanyian koir buat pelajar sekolah ini di masa hadapaan.

image

support steem bahasa

H2
H3
H4
3 columns
2 columns
1 column
Join the conversation now
Logo
Center