PERTANDINGAN TARIAN NAGA DAN SINGA PERINGKAT NEGERI SABAH


Sabah memang terkenal sebagai sebuah negeri yang mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya. Dalam konteks ini, kami berasa gembira apabila kumpulan-kumpulan persembahan tarian naga, unicorn dan singa yang ada di negeri ini bukan sahaja mengambil peserta di kalangan anak-anak muda berbangsa Cina tetapi turut membuka keahlian kepada anak-anak muda daripada kaum-kaum yang lain termasuklah di kalangan Bumiputera.

Sesungguhnya, festival ini turut menjadi wadah penting kepada generasi muda daripada pelbagai komuniti di negeri ini untuk belajar bekerja dan bermain bersama-sama, bertoleransi dan saling menghormati budaya masing-masing. kami yakin, kepelbagaian budaya yang telah menonjolkan keunikan ini boleh diperlihatkan kepada dunia luar sebagai bukti bahawa rakyat Malaysia di Sabah yang berbeza latar belakang dan kepercayaan dapat hidup bersama dalam suasana aman damai dan harmoni. Inilah kehidupan sebenar yang dinikmati oleh rakyat di Sabah ketika ini dan saya percaya nikmat ini akan terus dikecapi pada masa-masa akan datang.


▶️ DTube
▶️ IPFS
H2
H3
H4
3 columns
2 columns
1 column
Join the conversation now
Logo
Center