Pengumuman Tentang Senarai Duta Walnut dan Sistem Ganjaran

image.png

Sejak pelancaran program Duta Global pada Mac 2021, kini terdapat 9 duta Peanut, dan dengan pembangunan berterusan Nutbox, kami juga telah mengalu-alukan rakan kongsi baharu - Duta Global Walnut.

Selepas saringan yang meluas, keahlian Duta Walnut kami telah ditentukan.

Antaranya, @timbae & @aoddl94 dari komuniti Korea, @abcallen dari komuniti Cina, @bsfmalaysia dari komuniti Malaysia, dan @ale.aristeguieta dari komuniti Sepanyol telah bersungguh-sungguh melaksanakan tugas mereka sebagai duta sejak menyertai pasukan duta. Mereka menyertai secara aktif dan menyasarkan pembangunan Nutbox dan menunjukkan semangat yang tinggi untuk Walnut. Oleh itu, 4 duta di atas telah dinaikkan pangkat menjadi Duta Walnut - Working Group mengikut laluan duta. Mereka akan berkhidmat sebagai kedua-dua tanggungjawab Peanut dan Walnut Ambassador.

Semasa proses pengambilan dan temu duga duta global, Joy dari Indonesia, Nurik dari Turki, dan Mohammed Agashi Haruna dari Nigeria menonjol dalam kalangan hampir 200 calon dan menjadi Duta Muda (Junior Ambassador) Walnut.

Dalam tempoh Nutbox Ambassadors Junior Stage, duta akan berpeluang membincangkan kemajuan mereka dengan ahli pasukan teras, mewujudkan matlamat dan bekerjasama dengan duta lain. Duta yang melengkapkan "pencapaian" internship selama tiga bulan mereka akan menamatkan pengajian dan menyertai kumpulan kerja Nutbox secara rasmi. (Duta yang telah tamat tempoh internship boleh memilih untuk memasuki "Kumpulan Kerja" (Working Group) mengikut kepakaran, minat, dan kesanggupan mereka untuk terus berinteraksi dan berkembang bersama pasukan)

  1. Selepas sekurang-kurangnya 1 tempoh (3 bulan) berlatih dalam kumpulan kerja, anda berpeluang untuk dinaikkan pangkat sebagai duta kanan (Senior Ambassador) atau ketua kumpulan kerja.
  2. Selepas lebih kurang 3 tempoh (9 bulan), anda boleh menjadi Wakil Duta Kawasan Nutbox mengikut kerelaan dan pencapaian yang dicapai.

Harap para duta akan terus bekerjasama dengan penuh semangat dan membuat kemajuan bersama Nutbox pada masa hadapan!

Tugas Utama

Peranan duta akan berkait rapat dengan penempatan strategik Nutbox, membantu dalam promosi dan operasi, menyelaras dan bertanggungjawab ke atas Nutbox dan produknya dalam cara berbilang fungsi di rantau ini. Kerjanya termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  1. Terjemahan
  2. Penciptaan Kandungan
  3. Soal Jawab Komuniti (Telegram & Discord)
  4. Menarik komuniti kepada Walnut
  5. Sertai aktiviti luar talian untuk mempromosikan Nutbox

Sistem Ganjaran

Sebagai DAO Moden, kami sentiasa mematuhi konsep desentralisasi dan autonomi. Bagi menghargai kerja duta Walnut, NUT akan menerima pulangan bulanan berdasarkan kerja mereka untuk manfaat bersama dan pembangunan yang lebih baik pada masa hadapan. Berikut ialah sistem ganjaran kami:

  • Jika tiada bantahan, sistem ganjaran ini akan dilaksanakan pada bulan Mei.
  • Jika nilai NUT berubah dengan ketara dalam tempoh kemudian, ia akan diselaraskan mengikut situasi sebenar.

Diterjemahkan dari: Walnut Ambassador List and Reward System Announcement


640.gif

Tentang Nutbox

Nutbox adalah sesuatu kilang DAO sehenti untuk komuniti, menyediakan serangkaian alat (Crowd-staking, kilang DApp, dan kilang pentadbiran DAO) kepada pengasas bukan teknikal untuk memudahkan penciptaan platform DAO mereka sendiri.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://nutbox.io

Alamat Web Nutbox

Lelong Slot | https://polkadot.nutbox.io
DOCS | https://docs.nutbox.io
Laman Web| https://nutbox.io/
Peanut | https://peanut.nutbox.io/

Menghubungi Kami

Steem:https://blog.nutbox.io/@nutbox.mine
Discord:https://discord.gg/zPkMuGY
Telegram: https://t.me/joinchat/HKSkL1tns74yODE1
Twitter:https://twitter.com/NutboxDao


Undilah Kami

Undilah witness kami @nutbox dan @smt-wherein:

nutbox
https://steemconnect.wherein.mobi/sign/account-witness-vote?witness=nutbox&approve=1

smt-wherein
https://steemconnect.wherein.mobi/sign/account-witness-vote?witness=smt-wherein&approve=1

H2
H3
H4
3 columns
2 columns
1 column
Join the conversation now
Logo
Center