Nasihat...

Assalamualaikum rakan steemian..

Satu ketika Sheikh menasihati anak muridnya;
Kata Sheikh, aku menasihati kamu untuk bersungguh-sungguh dalam melakukan amal kebaikan dan bersabar dalam kepenatan melakukan perkara tersebut. Kerana berpenat-penat melakukan ketaatan itu adalah kerehatan di akhirat.
Tuntut ilmu penat. Dakwah penat. Maka hendaklah bersabar dalam melakukan ketaatan. Orang yg ketika mana dia berpenat-penat dalam melakukan ketaatan, dia akan rehat di akhirat. Sekiranya dia banyak rehat di dunia, dia akan datang dalam keadaan miskin dengan amal di akhirat kelak.


Para ulama', orang-orang soleh, mereka takkan biarkan 1 detik dalam hidup mereka itu sia-sia. Setiap nafas yang mereka hembus, padanya itu ada kebaikan yang diisi. Satu nafas yang kamu hembus, itu ibarat 1 bekas yang berlalu di hadapan kamu.

Kata Sheikh, disebabkan banyak rehat, seseorang itu jadi bosan. Kata Sheikh lagi, tiada istilah bosan dalam hidup para ulama'. Orang-orang soleh, tiada tempat untuk dia ambil istilah bosan.
Kata Sheikh Omar, ‘macam mana kamu boleh rasa bosan sedangkan banyak kerja yang kamu boleh lakukan? Macam mana boleh ada istilah bosan sedang banyak peti-peti kosong yang kamu patut isi? Macam mana kamu boleh bosan sedang kamu belum habis belajar fardhu ain? Macam mana kamu boleh ada istilah bosan sedang kamu belum habis qodho' solat-solat kamu?
Orang-orang soleh seolah-olah dikatakan pada mereka 'Kamu ada 1 saat lagi untuk hidup.' Mereka seolah-olah tahu ini adalah minit-minit terakhir untuk hidup.

Seorang mukmin itu tidak akan berasa kenyang dari dengar kebaikan sehingga dia perolah syurga.


Truly,
@almawaddah...

H2
H3
H4
3 columns
2 columns
1 column
Join the conversation now
Logo
Center