Hi all.. Apa khabar?
Nama saya Lucy dan saya berasal dari Kg.Sugud Penampang, Sabah. Saya anak ke-3 dari lapan adik-beradik. Saya bekerja sendiri iaitu menjual bunga dan membuat/menjual talak. Saya mengatahui Steemit melalui @arwine, dia selalu share cerita mengenai steemit di Facebook. So here I am ;)
Sebenarnya saya telah lama ada account steemit, tetapi saya tiada idea bagaimana hendak mula menulisnya. Saya mula menulis hari ini kerana si @arwine selalu msg saya dan bertanya "Jadii, bila kau mau buat introduction?"... " Bah! Jangan tunggu lama-lama".. "Jom cari sikarap".. dan banyak lagi...hehehee..
Hobi.... Ok hobi saya ialah menanam bunga. (Sama macam si @arwine) Kami selalu bertukar-tukar bunga. Contohnya, jika saya ada bunga yang baru, saya akan memberi bibit anak bunga kepadanya. Begitulah cara kami mengumpul bunga.
Selain itu, saya juga suka memasak kek dan biskut. Jika saya ada masa lapang, saya akan memasak kemudian menjualkannya kepada rakan-rakan. Dengan cara in, saya dapat menambahkan pendapatan bulanan.
So, itu saja cerita saya pada kali ini. Saya akan menulis lagi lain kali. Terima Kasih.