Conceptual Studio Photoshoot : Fitness Instructor! EN - MY

English

Hello everyone in Photography Lover community. How are you? I hope you guys are all doing great.

I have always admiring people that have a good looking physique, a body builder, a football player, a gymnast, a CrossFit instructors and many more that includes sports and physical activities. They have been always becoming my inspiration for me to do workout or some exercise to be fit, healthier and of course to get me look better.

Today I am going to share another series of studio photoshoot that I have done recently in collaboration with another photographer in my area. The theme for this photoshoot session was sport. My friend have organized this studio photoshoot session and he invited Olga as our model.

Olga is a very nice person. She was a former pageant queen, and she still active in the pageant world. She had won several tittle during her previous pageant, but still she is very humble. She likes to talk and share her experience with us and thus made us very comfortable with her and made us easier to do the photoshoot session with her.

Malay

Hello semua dalam komuniti Photography Lover. Apa khabar? Saya harap anda semua berada dalam keadaan yang baik.
 
Saya sentiasa mengagumi orang yang mempunyai fizikal yang tampan, seorang bina badan, pemain bola sepak, ahli gimnastik, pengajar CrossFit dan banyak lagi termasuk juga aktiviti yang melibatkan sukan dan aktiviti fizikal. Mereka sentiasa menjadi inspirasi kepada saya untuk melakukan senaman atau bersukan untuk menjadikan diri saya lebih cergas, lebih sihat dan sudah tentu untuk menjadikan saya kelihatan lebih baik.
 
Hari ini saya akan berkongsi satu lagi siri pemotretan studio yang telah saya lakukan baru-baru ini dengan kerjasama seorang lagi jurugambar di kawasan saya. Tema sesi pemotretan kali ini ialah sukan. Rakan saya telah menganjurkan sesi photoshoot studio ini dan dia menjemput Olga sebagai model kami.
 
Olga seorang yang sangat baik. Dia adalah bekas ratu pertandingan ratu cantik, dan dia masih aktif dalam dunia peragaan. Dia telah memenangi beberapa gelaran semasa pertandingannya sebelum ini, tetapi dia masih sangat merendahkan diri. Dia suka bercakap dan berkongsi pengalamannya dengan kami dan dengan itu dia membuatkan kami sangat selesa bersamanya dan memudahkan kami melakukan sesi pemotretan bersamanya.

image.png

eMCQ07206.jpg
EXIF : ISO - 200 | f8 | 1/100 | 85mm | 0 step Exposure Bias

English

Knowing her as a happy go lucky person as shown in her social media, I am very shocked that she can do this type of expression. A fierce look like a superhero character in a movie and some main character in comic books. I am really impressed that she can change his expression to this level.

During the photoshoot session I had to make some jokes to check if she still the Olga that I know. Luckily she still can laugh and smile.

As you can see on the photo above, I am using two lighting setup. The main light was a 120cm Octa softbox which was placed on the left of me. The Octa softbox was placed higher than her with a 45 degree angle downwards to her face.

Another softbox was the rectangle softbox, a 30 cm by 120cm opening with an in front grid. This light serve as a rim lighting. It was placed on the opposite side of the main light and was put parallel with the backdrop. This light was used to make a good separation from her and the background.

Malay

Mengenali dia sebagai seorang yang "happy go lucky" seperti yang dipaparkan di dalam media sosialnya, saya sangat terkejut kerana dia boleh melakukan ekspresi seperti ini. Penampilan garang seperti watak adiwira dalam filem dan beberapa watak utama dalam buku komik. Saya sangat kagum kerana dia boleh mengubah ekspresinya ke tahap ini.
 
Semasa sesi pemotretan saya terpaksa membuat beberapa jenaka untuk memeriksa sama ada dia masih Olga yang saya kenali. Nasib baik dia masih boleh ketawa dan tersenyum.
 
Seperti yang anda lihat pada foto di atas, saya menggunakan dua persediaan pencahayaan. Lampu utama ialah "Soft Box" Octa 120 sentimeter yang diletakkan di sebelah kiri saya. "Soft Box" Octa diletakkan lebih tinggi daripada Olga dengan sudut 45 darjah ke bawah dan kearah mukanya.
 
"Soft Box" lain ialah "Soft Box" segi empat tepat, bukaan 30 sentimeter x 120 sentimeter dengan grid hadapan. Lampu ini berfungsi sebagai lampu rim atau lampu tepi. Ia diletakkan di sebelah arah bertentangan dengan lampu utama dan diletakkan selari dengan latar belakang. Cahaya ini digunakan untuk membuat pemisahan yang baik dari Olga dan latar belakang.

image.png

eMCQ07207.jpg
EXIF : ISO - 200 | f8 | 1/100 | 85mm | 0 step Exposure Bias

English

I am going to say that I am very happy with the makeup artist that did Olga's makeup during this photoshoot session. The makeup tone was nearly perfect with Olga's skin tone especially the skin tone on her neck and the skin tone on her chest. This makes me do the retouching easier and without a lot of work fixing and matching on the color tone of the skin.

Malay

Saya akan mengatakan bahawa saya sangat gembira dengan jurusolek yang melakukan solekan terhadap Olga semasa sesi pemotretan ini. Tona solekan muka adalah hampir sama dan sempurna dengan ton kulit Olga terutamanya ton kulit di leher dan ton kulit di dadanya. Ini menjadikan saya melakukan proses "retouching" dengan lebih mudah dan tanpa melakukan lebih banyak kerja dalam membetulkan dan memadankan ton warna kulit Olga.

image.png

eMCQ07199.jpg
EXIF : ISO - 200 | f8 | 1/100 | 85mm | 0 step Exposure Bias

eMCQ07200.jpg
EXIF : ISO - 200 | f8 | 1/100 | 85mm | 0 step Exposure Bias

eMCQ07202.jpg
EXIF : ISO - 200 | f8 | 1/100 | 85mm | 0 step Exposure Bias

English

And this is all from me today. I hope you guys can give some positive feedback from my post and thank you so much for visiting.

Have a great day and always stay safe :)

Malay

Dan ini semua daripada saya hari ini. Saya harap anda semua dapat memberi maklum balas positif daripada siaran saya dan terima kasih banyak kerana melawat.
 
Semoga hari anda menyenangkan dan sentiasalah menjaga keselamatan anda :)

image.png

Photographer @tawadak24
Camera Sony A7iii | 85mm f1.8
Editing Software Adobe Photoshop CC

image.png

Line dividers by @thepeakstudio

H2
H3
H4
3 columns
2 columns
1 column
Join the conversation now
Logo
Center