Menabung Untuk Masa Hadapan!

IMG-20180726-WA0000.jpg Image from Canva

Dear Steemian,

Saya sangat bersyukur kerana ibubapa saya menyediakan dan memastikan saya dan adik-beradik mendapat pendidikan yang sempurna. Sebelum kami ke sekolah ibubapa kami akan menyediakan bekalan dan serapan pagi pada setiap hari seperti milo, roti, nasi goreng, mee goreng dan bermacam-macam lagi. Tujuannya adalah untuk memastikan kami dapat belajar dan menumpukan perhatian ketika di dalam kelas.

Selain itu, kami diberi wang saku sebanyak RM5.00 setiap seorang. Selalunya saya tidak habis membelanjakan wang saku tersebut. Ibu saya berpesan supaya menyimpan lebihan wang itu di dalam tabung. Sekarang saya mempunyai Rm386.00 di dalam tabung.

Ibu berjanji akan memberikan saya wang sekali ganda jika wang itu genap sebanyak RM500.00 dengan syarat menyimpan wang itu di dalam bank. Contohnya, jika saya dapat mengumpulkan wang sebanyak RM500.00 maka ibu akan memberikan saya wang sebanyak RM500.00 juga. Jadi, jumlah keseluruhan wang yang disimpan didalam bank ialah sebanyak RM1000.00

Adakah saya mampu untuk mengumpulkan wang sebanyak RM500.00 tersebut? 🤔🤔
Hanya masa yang dapat menentukannya... Walaubagaimana pun saya akan berusaha dan memastikan agar saya mempunyai simpanan untuk masa hadapan.

Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya. Sekian dan terima kasih.

Yang benar
@abellehera aka Isabelle Hera

H2
H3
H4
3 columns
2 columns
1 column
Join the conversation now