Mengapakah kera tidak berumah?

sumber

Di dalam hutan terdapat sebuah keluarga kera yang tidak mempunyai rumah. Apabila waktu malam, mereka berteduh di atas pokok-pokok kayu.

Pada suatu hari, hujan turun dengan sangat lebat. Kera-kera itu menjadi kelam kabut dan mereka berlompatan ke sana ke mari untuk mencari tempat berteduh. Bapa kera berjanji akan membina sebuah rumah apabila hujan teduh.

Setelah hujan berhenti, kera-kera itu pun mula berlompatan dengan riang sambil mencari makanan. Soal membuat rumah dilupakan begitu sahaja.

Apabila hujan turun, kera-kera itu akan mencari tempat berteduh semula. Maka pada suatu hari isteri kera tidak dapat tahan lagi lalu bertanya kepada suaminya.

"Hujan turun lagilah, bang. Kalau kita ada rumah, kan senang kita berteduh", kata isteri kera.

"Kenapa ayah tak buat rumah lagi?" tanya anak kera.

"Ahh...nantilah. Apabila hujan teduh, kita akan buat rumah" jawab bapa kera.

Namun begitu, apabila hujan berhenti ia akan melupakan segala-galanya. Janji tinggal janji, segala-galanya tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya mereka hanya asyik bergembira. Hingga sekarang pun kera masih tidak mempunyai rumah.

Moral cerita:

Suka menangguhkan kerja merupakan satu tabiat yang amat tidak baik, merugikan dan sentiasa gagal untuk merealisasikan matlamat.



Siapakah kami?

Kami ialah Amber dan Grace. Kami ialah pelajar sekolah menengah. Ini ialah hp kakak kami. Kami akan menulis karangan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa English di blog ini. Dengan cara ini kami dapat memperbaiki mutu karangan, disamping itu kami akan mendapat extra duit untuk membeli sebuah komputer atau laptop.

Sebagai seorang pelajar, komputer amatlah diperlukan untuk menyiapkan kerja sekolah atau projek. Kami harap impian untuk mendapatkan sebuah komputer dapat dicapai melalui penulisan di Steemit.

Terima kasih kerana membaca karangan kami dan menyokong kami di sini. Terima kasih ☺.

Yang benar,
Amber & Grace

H2
H3
H4
3 columns
2 columns
1 column
Join the conversation now