Pernah tak ibu-ibu mengalami keadaan dimana anak menangis terjerit-jerit, menghempaskan badan, mencampakan barang, menggigit orang sekeliling dan lain-lain lagi yang menyebabkan para ibu bingung? Apakah tindakan anda sekiranya anak-anak berkelakuan begini? Adakah anda melarikan diri atau ikut serta dalam 'pertunjukan sarkas'?
'Sekiranya anak anda sering tantrum, jangan dibiarkan kerana ia boleh menyebabkan terjadinya stress di kalangan anak kecil' - Edward R. Christopherson, PhD, psikologi di Children's Mercy Hospital Kansas City, MO.
Jika ini terjadi ada beberapa panduan yang perlu dipelajari dan amalkan. Sila lakukan langkah-langkah berikut sekiranya anak anda mengalami tantrum:
1- Jangan memarahi/jerit/tengking kerana ini akan membuatkan anak anda mengulangi lagi perbuatan tersebut. Tetapi jika anda berdiam diri saja, ianya tidak akan berubah.
2-Duduk disebelah anak, tarik nafas dalam-dalam dan katakan padanya bahawa perilaku mencampak barang atau menghempas badan adalah perbuatan tidak baik dan akan memudaratkan dirinya dan orang sekeliling.
3-bercakap lembut pada anak / bertoleransi dan pujuk anak sambil mengatakan bahawa dia adalah anak yang baik, dan anda suka dia bermain lebih-lebih lagi jika tidak menjerit atau mencampakkan barang.
4-Peluk dan cium anak anda, jauhkan seketika daripada tempat bermain atau tempat anak anda tantrum. Alihkan perhatian kepada benda lain
5-Luangkan sedikit masa emas anda menemani anak kecil bermain kerana semasa bermain kadangkala mereka sukakan perhatian daripada orang yang rapat dengan mereka. Pada waktu beginilah ibu bapa boleh memberikan sedikit pujian sebagai semangat kepada si anak. Bila si anak gembira, segalanya akan menjdi mudah bukan?
Sebenaranya apabila anak-anak mengalami tantrum, mereka sebenarnya menagih dan memerlukan perhatian. Rasa suka dimanja, fokus tertumpu kearahnya dan dia berasa kehadirannya dihargai membuatkan psikologi
anak sihat. Apabila rasa tidak dipeduli, sudah tentu mereka cuba mendapatkannya semula, maka itulah cara mereka mengekpressikan permintaan mereka.
(Gamber:google)