Saat mentari menghilang,
Langit yang awalnya cerah kini menjadi gelap.
Saat air mata mengalir,
Wajah yang awalnya ceria kini menjadi suram
Saat ada yang pergi,
Suasana yang awalnya riang kini menjadi sunyi.
Tetapi...
Jika mentari tidak berganti dengan bulan maka tiadalah malam untuk beristirehat.
Jika air mata tidak mengalir keluar maka tiadalah erti sebuah hati kerana ia tidak merasa.
Jika tiada yang pergi maka tiadalah kenangan.
Kadang-kadang, hidup tidak berjalan seperti yang kita rancangkan tetapi tetaplah percaya bahawa suatu hari nanti... ia tetap akan menjadi lebih baik... asalkan kita tidak berputus asa dan belajar untuk menghargai apa yang telah sedia ada kita miliki.
Apa-apa pun... ini hanyalah aekadar pendapat seorang insan yang hanya ingin berkongsi kisah di dalam hatinya.
Salam sejahtera steemian semuanya...