Restoran Nasi Kukus RZ pastinya sudah terkenal di Shah Alam. Di sini, pengunjung dibenarkan memilih bahagian ayam yang ingin dimakan. Biasalah, setiap orang pastinya mempunyai bahagian ayam yang disukai bukan?
Buat sesiapa yang berkunjung ke sini, anda pasti akan menyukai kuah gulai yang dihidangkan kerana rasanya memang lemak habis. Sambal belacan yang dihidang juga sedap dan memang sangat kena jika digaulkan dengan gulai tersebut. Harga bagi setiap hidangan nasi kukus pula adalah sebanyak RM6. Memang tempat yang ideal buat pelajar menikmati makan tengahari mereka. Selain nasi kukus, anda dinasihatkan untuk mencuba rasa dadih susu yang dijual di sini. Memang sedap!