Pada kali ini saya ingin menceritakan satu cerita mengenai bagaimana saya mendirikan sebuah record label kecil.
Record label ini bukan juga sesuatu yang amat penting dalam band kerana pada masa sekarang semua hal boleh dibuat dengan sendiri tanpa bantuan dari mana-mana pihak.
Tapi pada masa itu tergerak hati untuk membuat record label sendiri untuk band sendiri yang mungkin pada masa akan datang akan membantu juga anak-anak muda yang baru yang ingin menceburi bidang music.
Dari sini lah semua ini bermula dan saya akan ceritakan lebih detail dari mana dapat nama DreamHead ini.
Selepas daripada itu, saya membawa rakan saya yang bernama Hakim (keyboardist) untuk menyertai saya dan saya membawa dia serta sebab vision kami adalah sama. So sekarang kami hanya berdua yang menjalankan record label ini.
Sekarang kami hanya bergantung kepada alat-alat yang kami ada sahaja seperti computer persendirian dan sebagainya kerana kami baru sahaja bermula. Tetapi ini serba sedikit dapat ditampung kerana dengan adanya kekurangan ini, kami dapat juga membuat kerja daripada rumah masing-masing.
Pada masa ini, kami sekarang tengah sibuk untuk menyiapkan lagu daripada Dick Hillary yang kedua dan diharap agar kami dapat menolong banyak lagi bakat muda untuk diketengahkan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah.
Berjumpa lagi di post yang akan datang. Cheers!