Selamat sejahtera apa khabar semua? semenjak dua menjak aku menggunakan bahasa Malaysia dalam pertuturan di laman steemit. Agaknya mencabar juga untuk menggunakan bahasa baku kerana telah terbiasa campur aduk antara bahasa Malaysia dan bahasa inggeris.
Baiklah berbekalkan sekeping gambar point utama saya ialah penghasilan bunyi echo oscillate. Dalam konteks oscillate ialah bunyi yang berulang hingga menyebabkan bunyi menjadi pecah kerana gabungan delay feedback yang penuh, namun ianya boleh dikawal dengan mengurangkan feedback ke tahap yang dimahukan.
Setelah mendapat tonal bunyi yang mencapai 120ms - 360ms atau 4 dotted delay, saya menyambungkan bunyi tadi ke dalam pedal yang cukup "underated" iaitu behringer Echo Machine. Bahagian setting Echo Machine saya memilih pilihan reverse tape echo. Hasilnya seperti menggabungkan Strymon Timeline dengan bunyian ambien Strymon bluesky.
Bagi para peminat shoegaze, setting ini menjadi kebiasaan bagi mereka untuk mendapatkan bunyian oscillate yang cukup lembut disamping itu menjadi penambah perisa untuk mereka olah lagu yang mereka suka.
Sini saya selitan pemahaman maksud oscillate dari Tc Electronic Echobrain